SOS THAI ALA MAEPRANOM ( HOME MADE )

SOS THAI ( ALA MAEPRANOM )

Assalamualaikum semua, 

Kali ini saya nak kongsi resepi sos Thai yang sedap itu.  Dari kecil lagi saya dididik untuk tidak menggunakan MSG atau ajinomoto oleh keluarga saya, jauh sekali untuk makan makanan buatan kilang dari negara Thai, kerana bagi kami barang buatan sana diragui kualiti dan kesuciannya.. ( maaf ye orang Thai..ini adalah persepsi orang kampung saya.....pemikiran manusia adakalanya dibina atas dasar persepsi ).  Jadi sampai sekarang saya tidak akan beli barang makanan dari sana kecuali yang diyakini kesuciannya.  Saya juga jarang sekali menggunakan sos ikan Thai kerana alahan dengan makanan seperti itu, ini termasuklah belacan, walaupun ia buatan Malaysia.  Kalau saya beli belacan atau sos ikan pun tak pernah habis....last-last buang atau buat baja aje...

Bila kita buat sendiri kita boleh pilih untuk tidak memasukkan bahan yang mendatangkan alahan kepada kita atau ahli keluarga...

BAHAN-BAHAN

10 cili besar dan 10 cili burung/cili padi
6 ulas bawang putih
1/3 cawan air
1 cawan gula ( pakai gula low GI untuk pesakit diabetes )
1 sudu teh garam bukit ( garam biasa pun boleh ) , boleh tambah ikut cita rasa
3/4 cawan Cuka
Sos ikan (x nak masuk pun x pe). Saya jarang pakai sos ini sebab alahan dengan seafood.
1 sudu besar tepung jagung bancuh dengan 1/4 cawan air.

CARA-CARANYA

1. Kisar cili bersama bawang putih yang dipotong kasar.

2. Jangan terlampau halus sebab kita nak ada kepingan cili tu.

3. Dalam periuk, masukkan air, gula, garam, cuka dan sos ikan.

4. Kemudian masukkan bahan kisar tadi.

5. Masakkan atas api yang sederhana besar sehingga menggelegak. 

Kemudian masukkan tepung jagung yang telah dicampur dengan sedikit air. Kacau hingga pekat dan jernih.

6. Tunggu sehingga sejuk dahulu baru masukkan dalam botol.

7. Untuk tahan lama, sila simpan dalam peti ais.

*Boleh cicah keropok, popia, cucur udang dsb....kalau malas masak.....boleh curah je sos ini atas ikan bakar atau ayam goreng....nikmatilah keenakannya...

Ulasan