WADAI KEPENG/KUIH BUNGA ( SATU ADUNAN 2 KUIH )

 

KUIH WADAI KEPENG

WADAI KEPENG...WOW? apakah itu?....saya tertanya-tanya apakah benda wadai kepeng ini?  Pertama kali mendengar nama wadai kepeng adalah  2 tahun ( 2018 ) lepas semasa melancong bersama Hos PKS SMS Sitiawan, Perak.  Oooo.. kuih tradisional rupanya....bentuknya macam kuih puteri mandi di Kelantan cuma puteri mandi digaul dengan kelapa yang disira dengan gula melaka.  

Negara kita kaya dengan pelbagai kuih yang sedap dan berwarna-warni.  Kalau pergi ke Pasar Siti Khadijah atau ke bazaar Ramadan di Kelantan kita akan dapat merasakan meriahnya kuih-kuih tradisional di sana. Berwarna-warni, pelbagai bentuk dan rasa yang menyelerakan. Kebanyakan kuihnya lembab dan sesuai untuk orang berpuasa yang kering tekaknya...Okay, back tu wadai kepeng...

wadai kepeng

Bahan-bahan

1/2 paket tepung pulut
secubit garam
air secukupnya.

Cara-caranya :

1. Masukkan tepung pulut dan secubit garam ke dalam satu bekas.
2. Masukkan air sedikit demi sedikit sambil menguli adunan ~ guna tangan sahaja.
3. Adunan mesti diuli hingga jadi doh ~ kalau x melekat dah kat tangan kira ok la tu...
pastu bulatkan kecik² dan picit kat tengah 



Bahan kuah :

1/2 ketul gula melaka/ gula merah pun boleh. 
( kalau gula merah..masakkan dulu, kemudian tapis)
2 cawan santan pekat
2 helai daun pandan
sedikit gula ~ boleh bubuh gula low gi 
atau low kalori utk penghidap diabetes
sedikit garam

Caranya :

1. Masukkan gula melaka, santan dan daun pandan yang telah disimpul ke dalam periuk.
2. Panaskan ~ buka api perlahan
3. Bila agak panas ( jgn sampai mendidih ) masukkan tepung pulut yang sudah siap dibentuk tadi.
4. Tunggu hingga tepung tadi terapung, bila terapung tepung pulutnya, ini menandakan wadainya sudah masak.~ api perlahan aje
5. Biar hingga mendidih dan jaga jangan sampai pecah minyak ~ nanti x sedap...
6. jangan lupa masukkan sedikit garam ke dalam kuah.


Bila musim PKP ni saya banyak buat kuih muih sendiri, baru perasan banyak kuih trandisional kita yang dibuat daripada tepung beras dan tepung pulut.  Anak-anak pula selalu buka youtube makanan tradisional Korea dan Jepun, seperti terdapat satu hubungan kemanusiaan yang sangat lama antara masyarakat Asia, kerana kebanyakan makanan tradisional mereka juga dibuat daripada tepung beras dan tepung pulut.

KUIH BUNGA
Kuih bunga ini pun pertama kali saya tengok dan rasa, kata tuan punye resepi ia adalah makanan masyarakat Pantai Timur terutama Terengganu dan Kelantan. Tetapi saya sebagai orang Kelantan inilah kali pertama makan dan buat kuih ini....tak mengapa, kuih ini sedap dan ringkas, senang dibuat...sekali uli wadai kepeng, tepung yang lebih goreng jadi kuih bunga...haha....serampang 2 mata.

Bahan-bahan
1/2 paket tepung pulut
Secubit garam
Air secukupnya.
( saya uli sekali je dengan wadai kepeng tadi hihi ,sebab bahan sama dan bentuk pun sama )
Sebiji telur ( ini untuk celup  tepung sebelum digoreng )
Minyak untuk menggoreng.

Cara-caranya:
1. Bila tepung siap di bentuk, panaskan minyak.( api sederhana sahaja )
2. Sementara itu pecahkan sebiji telur dan pukul perlahan dengan garpu.
3. Bila minyak panas, celupkan tepung ke dalam telur dan goreng hingga telur garing dan berwarna keemasan.
4.  Toskan dan gaul dengan gula ( atau madu jika suka- untuk kesihatan )
SEDAP DI MAKAN  BERSAMA TEH ATAU KOPI






Ulasan