TEPUNG BOKO UBI KAYU

 

TEPUNG BOKO UBI KAYU


Alhamdulillah...rezeki murah berkawan dengan kawan-kawan dari kebun komuniti.  Pergi je kebun maka dapat pisang, betik dan minggu lepas Pak Yassin bagi saya ubi kayu.  Saya ni bukan pandai sangat buat kuih tradisional ni.  Anak-anak pula bukan nk makan ubi kayu rebus seperti zaman kita kecil-kecil dahulu.  Pernah sekali saya dapat ubi kayu pemberian mak cik sebelah rumah, akhirnya ubi kayu rebus terpaksa dilenyek untuk dijadikan inti bergedil tauhu, baru habis sekali ngap je 8 keping tauhu bergedil.  Itulah kesah anak-anak zaman sekarang, kalau makanan trending baru laju masuk mulut.

Bila sekali lagi dapat ubi kayu, sya tak tau nk buat apa, minggu lepas buat bingka ubi, sebab teringat bingka ubi yang sedap masa melawat Vietnam bulan Mac 2020 lepas.  Fikir punya fikir teringat tepung boko ubi kayu yang pernah Mi saya buat masa kecil dahulu....lalu saya cuba belek buku masakan Kelantan yang telah lama saya simpan dalam setor dapur saya....hihi..buku ni belek jika nak buat nasi kerabu aje.  Saya ni nama je orang Kelantan tapi tiap kali nak buat nasi kerabu mesti belek buku resepi.  Haa..ada pn resepi tepung boko.

Tau tak apa maksud boko?....haha...boko adalah dulang ataupun talam...maka tepung boko ini adalah kuih talam versi Kelantan.  Jika kuih talam ubi kayu biasa , bahagian putih iaitu santannya beku, tepung boko Kelate ni bahagian santannya  cair meleleh, boleh juga jika nak panggil kuih talam ubi kayu leleh....hihi nama baru gitu.  dan alhmadulillah, walaupun pertama kali makan, anak-anak sya suka kuih ini.

Bahan bahan
1 ketul ubi kayu yg besar ~ (dalam 3 cawan ubi parut)
1 cawan gula pasir ( sya guna gula low GI ) saya kurangkan jadi 2/3 cawan sahaja.
5 -10 helai daun pandan ~ kisar dengan 2 cawan air dan ambil patinya.
sedikit pewarna hijau jika perlu ( saya tidak bubuh kerana warna pandan ini dah cukup pekat )
secubit garam

Cara-caranya
1. Ubi dikopek kulitnya (jangan dipotong) dan dibasuh bersih. 
Belah 2 untuk membuang urat tengahnya. 
Parut ubi sehingga habis. (Boleh juga dikisar menggunakan blender tapi pastikan juga uratnya dibuang terlebih dulu.)
2. Perahkan/ toskan air dari ubi parut tadi. Tak perlu terlalu kering. Perah sikit jer tapi kalau kisar campur air pastikan perah guna kain maslin sebab ubi terlalu halus.
3. Panaskan periuk kukus.
4. Campurkan parutan ubi, gula , air daun pandan, garam & sedikit pewarna hijau sehingga rata.
5. Masukkan adunan ubi di dalam loyang dan kukus selama 30 minit.
6. Bila nak makan, sendukkan ke dalam mangkuk dan siram dengan sos santan pekat yang lemak itu.

Sos Santan 
Bahan bahan
1 kotak santan (200 ml) 
2 cawan air
4  sudu besar tepung beras
1 sudu kecil  garam 
sehelai daun pandan ~ disimpul

Cara-cara
1. Campurkan santan, air , tepung beras, garam dan daun pandan dalam periuk.
3. Masak atas api sederhana sehingga kuah menjadi pekat & masak. Rasa garam nya.
4. Sedia untuk dihidangkan bersama  ubi yang dikukus tadi.



## sos ini rasa lemak-lemak masin, bila dimakan dengan tepung boko yang dikukus tadi rasanya marvelous you....Kalau kuih ni masuk hotel kan bagus...


SELAMAT MENCUBA.....

Ulasan