POKOK SEMAMBU (Azadirachta indica )
Pokok Semambu atau juga dikenali sebagai mambu atau nama saintifiknya Azadirachta indica adalah sejenis tumbuhan dari keluarga mahogani iaitu Meliaceae. Tumbuhan ini dikatakan berasal dari India, Myanmar, Bangladesh, Sri Lanka dan Pakistan. Namun tumbuhan ini juga tumbuh di kawasan tropika dan kawasan semi-tropika.
Terdapat pelbabagi nama lain yang dirujuk dengan tumbuhan ini termasuk Neem (Bengali), Arya Veppu (Malayalam), Azad Dirakht (bahasa Parsi), Nimba (Sanskrit), DogonYaro (dalam sesetengah bahasa Nigeria), Margosa, Neeb (bahasa Arab), Nimtree, Vepu, Vempu, Vepa (bahasa Telugu), Kohomba (bahasa Sinhala), Vempu (bahasa Tamil), Tamar (bahasa Burma) dan Indian Lilac (Inggeris).
Pokok semambu dianggap sebagai pokok perubatan dan digunakan secara meluas dalam upacara keugamaan Hindu dan banyak ditanam berhampiran kuil dan digunakan secara meluas dalam perubatan Ayurveda dan homeopati oleh orang India.
Terdapat kandungan anti bakteria, anti parasit, anti kulat dan anti virus pada tumbuhan semambu. Serbuk daunnya dikatakan sangat berkesan dan boleh melegakan penyakit kulit seperti ekzema, alahan kulit, ruam, gatal-gatal, kurap dan ia juga sangat berkesan apabila digunakan untuk merawat kecederaan kulit akibat terbakar.
Selain dari itu, minyak pokok semambu boleh memberi hasil yang menakjubkan. Ia boleh mencegah keguguran rambut, uban dan merawat kelemumur.
Ia juga sering digunakan sebagai minyak urut untuk melegakan kesakitan daripada rheumatoid arthritis, gout, osteoarthritis dan sakit belakang.
Daun semambu juga boleh melegakan masalah penghadaman, penawar sembelit dan memulihkan fungsi usus.
Ia juga berkesan memperbaiki kualiti darah dan menyahkan toksik dalam darah, meningkatkan sistem imun, mengawal paras gula dalam darah dan mengekalkan badan bebas penyakit.
Oleh kerana manfaatnya yang sangat luas, kini semambu menjadi perhatian dalam perubatan moden. Walau bagaimana pun pengambilan ekstrak dari tumbuhan ini perlu mendapatkan pandangan pakar perubatan terlebih dahulu.
Terdapat banyak manafaat yang terhasil dari pokok mambu oleh sebab itu di Afrika Timur, tanaman ini dikenali sebagai Mwarobaini (Swahili), yang bererti pokok 40, kerana ia dikatakan merawat 40 jenis penyakit.
Dalam masyarakat Melayu, daunnya sering diletakkan di bawah bantal atau alas tilam bagi mengurangkan rasa gatal akibat dari demam campak. Selain dari itu daun yang diramas dan dihancurkan dicampur dalam air boleh dijadikan air mandian bagi kanak-kanak yang kena penyakit chicken pox.
Selain dari kegunaan perubatan, bentuk kanopi pokok semambu yang merimbun dan rendang sesuai dijadikan tanaman lindungan atau hiasan dan landskap taman, di sepanjang jalan taman atau kawasan perumahan. ( Rujukan : Wikipedia )
Batangnya keras dan apabila diuji didapati seakan bertonik dengan rasa pahit dimana ia amat memberi kesan memberangsangkan. Kulit akar mempunyai ciri-ciri yang sama dengan kulit batang.
Bijinya mempunyai bahan minyak dimana ia ada banyak kegunaan dikenali sebagai Minyak Neem. Minyak ini dianggap bernilai kerana ia boleh digunakan untuk pelbagai tujuan termasuk sebagai bahan penting dalam kawalan serangga perosak tanaman.
Antara elemen yang pahit yang diasingkan dari minyaknya dinamakan sebagai ‘Nimbin’, ‘Nimbinin’ dan ‘Ninbidin’ iaiitu bahan aktif yang penting didalamnya. Elemen aktif utama yang diasingkan iaitu bahan ‘Nimbidin’ mengandungi bahan iaitu Sulfur. Bahagian bunganya menghasilkan bahan iaitu Glukosid, Nimbosterin dan minyak kegunaan yang berbau sangat menusuk hidung.
Sementara itu bahan Nimbosterol nimbecetin dan Asid lemak juga terkandung dalam bahagian bunga pokok Semambu. Bunganya yang juga mengandungi bahan yang pahit dan minyak pahit perengsa.
Buah neem juga mengandungi bahan yang pahit iaitu bahan utama menghasilkan nimbin, nimbinin, nimbidin dan minyak kegunaan. Pokok neem mudah ditanam dan tidak ada masaalah serangan serangga perosak.
Banyak kajian dan penyelidikan dilakukan pada tumbuhan ini sejak dulu. Antara kegunaan daun neem/semambu boleh diringkaskan seperti di bawah.
PEMBERSIH UDARA
Pokok ini juga dianggap sebagai pembersih udara dan ditanam di tepi jalan atau di sekitar kawasan taman.
MENCEGAH PENYAKIT DEMAM MALARIA DAN KOLERA
Kaedah minum air rebusan daun segarnya adalah merupakan tonik sayuran pahit dan alternatif penting bagi mengubati demam malaria yang kronik disebabkan tindak balasnya ke atas organ hati. Memang mereka yang berani dan tahan pahit sahaja mampu mengambilnya. Ini kerana rasa pahit akan menjadi ubat seperti peribahasa 'Yang Pahit Itu UBAT'. Ianya hendaklah diambil dengan kadar 15 - 60 grams ketika membuat persediaan untuk minuman.
MERAWAT PENYAKIT KULIT
Dakwaan seterusnya adalah dimana daun neems boleh digunakan atau disapu dibahagian luaran. Ia didakwa sangat berkesan kepada penyakit kulit terutamanya bisul, ulser kronik, letusan cacar (smallpox), kudis sifilis, bengkak kelenjar dan juga merawat kejadian luka.
Daun ini yang juga dikenali sebagai pokok mambu mengandungi pelbagai khasiat dan bagus untuk mengecutkan jerawat dan merawat kulit kering.
MERAWAT BUASIR
Ianya boleh digunakan secara menuam, secara rebusan atau sapuan terus kepada bahagian yang bermasaalah. Jika anda menggunakan 3 grams kulit kayu pokok semambu iaitu diambil bahagian dalam dengan dicampur 6 grams gula kelapa atau kabung setiap pagi sangat berkesan untuk mengubati penyakit buasir.
Sementara itu untuk mengatasi buasir berdarah sebaiknya diambil 3 - 4 biji buah Semambu boleh dicampur dengan air suam dan diminum untuk rawatan.
MENGUBATI ULSER DAN LUKA
Bahan daun daripada tumbuhan ini sesuai dijadikan Salap (oinment) yang disediakan dari daun sangat berguna untuk mengubati ulser dan luka. Salap ini disediakan dengan menggoreng 50 grams daun Semambu dan bersama dengan 50 grams minyak sapi dan melenyek campuran tersebut dengan baik sehingga salap diperolehi dengan sekata atau sebati.
Pes yang disediakan dari kulit kayu nya dengan menggosoknya di dalam air juga boleh digunakan untuk menggubati luka pada anggota badan.
MERAWAT PENYAKIT KUSTA
Air dari pokok neem mampu merawat penyakit kusta apabila ia diambil dengan kadar 60 gram setiap hari. Sekaligus badan pesakit di urut dengan air dari pokok ini. Cara ini diteruskan untuk selama 40 hari berterusan tanpa henti. Jika air dari pokok ini tidak boleh didapati memadai dengan mengambil sebanyak 12 gram daunnya dan 3 decigram lada hitam ditumbuk bersama dengan air dan dimakan mengikut kesesuaian. ( 1 decigram = 1/10 gram )
MEMBANTU PERTUMBUHAN RAMBUT DAN MENGELAK RAMBUT GUGUR
Amalan untuk membasuh rambut dengan air rebusan daun Semambu akan dapat menghalang rambut dari gugur atau hilang. Ianya bukan sahaja dapat mengelakkan rambut dari gugur malah ianya membantu penumbuhan rambut baru.
Daun yang sering digunakan oleh masyarakat India ini juga membantu merawat masalah rambut berkelemumur
Penggunaan minyak Semambu atau neem ini juga dapat menghapuskan akan masalah serangga dan kutu dikepala.
MERAWAT PENYAKIT MATA
Ada dakwaan pengamal perubatan dimana Pokok Neem juga berguna pada penyakit mata. Apabila dilakukan penitisan jus daun neem kepada mata setiap malam didapati ia sangat beri kesan untuk mengubati penyakit buta waktu malam.
Daun neem hendaklah ditumbuk sehinggal halus dan dicampurkan dengan air. Jus tersebut dikeluarkan dengan memerah nya melalui kain yang bersih and dititiskan kedalam mata dengan menggunakan rod penitis mata.
Jus Neem boleh dikeluarkan dengan menggosok beberapa helai daunnya dengan sedikit air dan diperah dengan kain yang bersih sangat berguna untuk mengubati sakit pada mata akibat konjunktivitis.
Ianya disuamkan dan dititiskan beberapa titis kedalam telinga bertentangan dengan mata yang sakit untuk melegakan kesakitan. Mata akan menjadi baik setelah diulangi beberapa kali.
MERAWAT PENYAKIT BERKAITAN GIGI DAN MULUT
Kegunaan lain daripada pokok neem didakwa untuk membersih gigi selalu dengan kayu ranting neem dapat mengelakkan dari penyakit gusi. Ia mengukuhkan gigi yang longgar, melegakan sakit gigi, menghilangkan bau busuk dan melindungi mulut dari pelbagai jangkitan. Begitulah hebatnya kegunaan pokok neem atau pokok semambu yang kurang diketahui umum.
RAWATAN SEBELUM DAN SELEPAS BERSALIN
Tanaman Semambu adalah didakwa sangat berguna semasa bersalin. Penggunaan jus daun neem/margosa kepada wanita yang hendak bersalin sebelum kelahiran dapat mewujudkan kontraksi normal pada rahim dan dapat menggelakkan kemungkinan keradangan.
Ia juga membantu membetulkan pergerakkan perut dan mengawal demam dan dengan itu membantu bersalin secara normal.
Menggunakan air suam rebusan daun neem untuk membasuh faraj dapat membantu menyembuhkan luka akibat dari bersalin dan menggelakkan jangkitan dalam lorong faraj.
PEMUSNAH SERANGGA
Pokok neem atau Semambu juga adalah pemusnah serangga yang kuat untuk membunuh nematod tanah dan parasit tumbuh-tumbuhan yang lain.
MERAWAT MASALAH TELINGA
Beberapa helaian daun neem hendaklah direbus dekatkan teliga kepada wap yang keluar dari rebusan tersebut.
Jus daun neem ini perlu dicampur dengan sama banyak kuantiti madu lebah amat berkesan untuk mengubati bisul didalam telinga. Jus tersebut disuamkan dahulu dan kemudian dititiskan beberapa titisan kedalam telinga. Diulangi beberapa hari akan melegakan sakit akibat bisul tersebut.
Bagi kes dimana serangga memasukki telinga, jus daun neem dengan sedikit garam biasa disuamkan dan dititiskan kedalam telinga dapat membunuh serangga tersebut.
Dua titisan suam kuku minyak neem kedalam telinga dua kali sehari boleh memulihkan pekak.
Seterusnya kegunaan pokok neem adalah dimana aktiviti formentasi wap hasil dari rebusan daun neem dapat memberikan kelegaan bagi beberapa kes sakit.
Apa juga pun dakwaan diatas sebaiknya anda sentiasa merujuk kepada doktor perubatan moden sebagai langkah berjaga-jaga dengan kesihatan kita.
Wallahu a'lam...( kita berikhtiar, Allah yang menyembuhkan )
Ulasan
Catat Ulasan