SIREH CINA( KETUMPANG AIR )


SIREH CINA (Peperomia pellucida )


Nama Tempatan: Pokok Ketumpang Air / Sireh Cina
Nama Saintifik: Peperomia pellucida
Nama Lain: sireh laut, sireh cina, sireh pasir, sireh air, sireh bunian dan ketumpang air.
Famili: Piperaceae


Kandungan Kimia

Daun mengandungi kuantiti besar asid amino penting , lysine, leucine dan isoleucine, jumlah valine yang sederhana , threonine dan phenylalanine dan juga banyak lain-lain asid amino penting dan tidak penting. Apiol, 2,4,5-trimethoxy styrene dan 3 phytosterols, campesterol, stigmasterol dan β-sitosterol juga telah didapati dari tumbuhan ini (Ghani, 2003).

Saya dan Pokok Sireh Cina/ketumpang air


Setiap pagi masa PKP ini saya akan luangkan masa melakukan kerja-kerja membersih, menyemai dan menyembur racun organik ke pokok-pokok yang berisiko di sukai ulat dan belalang seperti pokok lemon dan limau kasturi. Pokok cili pula selalu dihurungi hama putih dan semut, pun kena selalu sembur dengan racun organik buatan sendiri.

Bila merumput tu ada aje pokok sireh cina ini, saya tak berapa tau macam mana nk gunakan pokok ini. Setahu saya kalau di Thailand mereka buat salad. Di Malaysia tak pernah tengok ada orang makan secara live depan saya, jadi tak berani nak makan. Tiba-tiba lalu seorang bibik sambil menolak nenek dengan kerusi roda. Bibik tu bawa nenek jalan-jalan menyedut udara pagi dan menjemur sinar mentari pagi,untuk kesihatan katanya. Dia lantas menegur saya dan memohon jangan buang pokok ini, dia meminta pokok ini untuk merawat nenek tadi. Saya pun dengan besar hati mencari pokok itu keliling pasu dan memberikannya kepada bibik. Katanya segenggam cukuplah untuk sekali rebus. Airnya diminum 2 kali sehari. Hari ini sya mencabut banyak lagi pokok sireh cina ini, dengan harapan nenek itu akan lalu depan rumah saya...tapi hampa, mungkin saya terlepas pandang kot sb saya kena buat kelas online dan pada masa yang sama ada majlis perpisahan pengetua ( Pn Hjh Nafisah yang ditukarkan ke SMK Puteri Titiwangsa ).

Rupa-rupanya pokok sireh cina juga boleh dibuat ulam, salad, kerabu, masak tumis, goreng dan sayur rebus atau masak lemak. Bila goreng ia teras liat sedikit. Rasanya pun tidaklah pahit. Selain itu ia juga boleh dibuat teh, jus untuk tujuan perubatan. Ini semua kata orang. Saya sendiri hari ini baru nak buat teh ketumpang cina ini untuk merawat kencing manis dan rheumatoid athritis yang saya alami.. apa salahnya mencuba, lagi pun Tuhan telah menumbuhkan pokok ini buat saya tanpa perlu bersusah-payah menanamnya.

Pokok ini sebenarnya ada dijual di kedai sinsei cina tetapi dalam bentuk yang telah dikeringkan dan dijual RM10 untuk 100gram.


Studi ini pernah ditulis Maria de Fatima Arrigoni yang dipublikasikan dalam Journal of Ethnopharmacology. Ekstrak ketumpang air berguna sebagai anti-inflamasi pada edema yang disebabkan oleh Carrageenin dan Asid arakidonat ( sejenis asid lemak ). Juga berfungsi sebagai analgesik (penahan sakit ) pada perut.


CARA PENGGUNAAN SIRIH CINA DALAM PERAWATAN

Melegakan Panas Demam

Sekiranya berlaku situasi kecemasan seperti demam, daun dan batang pokok ini boleh diramas bersama sedikit campuran air, lalu disapukan ke atas kepala bagi mengurangkan suhu badan sama ada kanak-kanak atau orang dewasa.

Cara lain adalah dengan merebus 2 genggam tanaman yang diambil segar. Cuci dan rebus sehingga mendapat 1 gelas air patinya. Biarkan sejuk seketika dan minum airnya sehingga demam reda.

Merawat Sakit Kulit, Radang, Bisul dan Jerawat

Ambil 2 rumpun pokok ini dan dicuci hingga bersih. Rebus air ini dengan 300ml air biasa sehingga mendapat 1 gelas air pati. Minum ketika air ini masih hangat dan ambil sedikit airnya lalu disapukan pada tempat yang bermasalah. Ulanginya dua kali sehari sehingga sembuh.

Mengubati Sakit Perut dan Cirit Birit

Ambil tanaman ini dalam secekak. Cuci bersih dan tumbuk lumat. Perah dan tapis air patinya. Minum dan ulanginya sehingga sa kit perut dan cirit birit lega. Seelok-eloknya rendam 5 minit dalam air garam untuk mematikan bakteria dari tanah ( sekiranya ada ) sebelum di tumbuk.

Merawat Luka Terbakar

Ambil tumbuhan ini dengan kadar secukupnya. Cuci bersih dan tumbuk hingga lumat. Tempelkan ramuan ini pada bahagian yang sakit. Ulang cara ini beberapa kali sehari hingga luka sembuh.

Mengurangkan Sakit Buah Pinggang

Cuci bersih tanaman herba ini lalu direbus dengan 2 gelas air hingga mendapat 1 gelas air patinya. Minum ketika suam. Untuk rawatan terbaik, ulangi minuman ini dua kali sehari.

Merawat Sakit Lutut

Lumatkan daun serta batangnya dan tempekkan pada lutut.

Merawat Penyakit Kayap

Cara meyediakannya sangat mudah- pokok ditumbuk dengan BEDAK SEJUK tanpa perlu campur air sebab pokok pun dah lembut dan berair. kemudian disapukan terus pada bahagian kayap. InsyaAllah jika diizinkan cepat sembuh.


Merawat Gout

Tumbuhan ini dikatakan mampu mengurangkan paras asid urik di dalam badan lantas sesuai dijadikan ubat gout


Bagi yang sudah mengetahui khasiatnya, lepas ini bolehlah tanamkannya di dalam pasu atau kawasan rumah. Ia bukan sahaja penting ketika kecemasan, malahan ia menjadi ubat yang sangat menjimatkan.

Ia juga dikatakan mempunyai ciri-ciri anti-bakteria, anti bengkak dan penahan sakit

Di sini saya  kongsikan khasiat lainnya dari blog-blog lain
2- Penawar sakit sendi dan perut
3- Jus perahannya mampu mengelakkan jangkitan pada mata
4- Mengubati dan meredakan cirit-birit
5- Meredakan batuk
7- Merawat Buasir
8- Melegakan selsema
9- Merawat jangkitan pada pundi kencing
11- Alternatif kepada ubatan darah tinggi
12- Merawat kencing manis
13.Merawat Rheumatoid arthritis
14. Lenguh-lenguh

Resepi Herba Teh Ketumpang Air/Daun Sireh Cina

Ambil segenggam daun dan batang ketumpang air,
Rebus dengan 2 gelas air selama 15 hingga 20 menit.
Teh herbal ini dapat diminum , 3 kali dalam sehari.

Kebanyakan rawatan penyakit menggunakan sireh cina ini adalah dengan meminum air rebusannya.  Jadi sila lah cuba, tidak salah mencuba. Yang salahnya tidak mencuba atau berikhtiar tetapi pasrah sahaja dengan apa yang berlaku, itu bukan saranan agama kita, sedangkan Nabi s.a.w pun berikhtiar dan berubat bila baginda sakit.


Ulasan