Bila perasaanku terganggu, maka idea untuk berkarya datang mencurah-curah. Sajak-sajakku adalah luahan perasaanku, apa yang aku alami dalam hidupku, kesedihan, kekecewaan yang aku alami dari zaman kanak-kanak. Ia kan menghantuiku jika ada yang menyakiti hatiku dengan kenangan lama yang berparut di jiwaku. aku berdiri di atas runtuhan itu, dan aku hidup dengan caraku, aku berjalan terus walau kesedihan selalu membayangiku, aku tetap meredah belantara kehidupan kerana aku yakin sentiasa ada sinar di hadapanku. Aku tidak pernah mengaku kalah. Hanya yang lemah yang akan rebah. Aku telah mengukir kejayaanku sendiri dan akan kusebarkan segala keyakinanku kepada anak Adam yang masih mencari sinar dalam kehidupan.....
Ulasan
Catat Ulasan