KHASIAT LOBAK MERAK ( CARROT )


LOBAK MERAH ( CARROT )



Selalunya saya tengok orang tanam carrot daripada ubinya yang dipotong bahagian atas, setelah beberapa kali mencuba, saya tidak berjaya menanam carrot tersebut. Ia menjadi busuk sebelum akarnya tumbuh walaupun pada masa itu telah   tumbuh 2 helai daun.  Sebagai seorang yang tidak pernah berputus asa saya telah membeli biji benih dari kedai dan cuba menyemainya. Dapat 10 pokok semuanya.  2 pokok yang saya tanam dalam pasu mati, rasanya sya tau angkara siapa sebab sebelum mati ia tumbuh dengan elok tapi tiba-tiba ia mati. ( ini angkara kucing2 yang saya sayang tetapi gerammmm itu )

Saya telah membawa ank pokok lobak merah ini untuk ditanam di kebun Komuniti Taman Gombak dan ia tumbuh dengan jayanya. Namun begitu isinya kontot ajer...saya rasa mungkin ia perlukan tanah yang sangat gembur pada kedalaman yang tinggi....hmm tak apalah, malaslah nak tanam lagi.



Haa kontot mcm nilah carrot yang saya tanam..... ( gambar ori lupa nak amik )

Ooo lupa nak cakap, sebenarnya daun lobak merah ni boleh dimakan, masak tumis dengan bilis dan cili pun sedap, cuma rasanya lain sikit tapi ok je, mat salih cakap ia "bitter", tapi bagi saya ok je, tak pahit pun,  saya dapat tau ni masa tanam lobak merah di Kebun Komuniti Taman Gombak, K.Yus penasihat kebun bagitau mat salih biasa makan daun lobak ni, cuma kita kt Malaysia ni bila beli carrot, daunnya dah tak ada.  Kalau di luar negara memang lobak merah ni dijual bersama dengan daunnya.

Namun begitu suka saya nak kongsikan khasiat lobak merah di sini.


Lobak merah atau nama saintifiknya Daucus carota merupakan sejenis tumbuhan yang menyimpan makanannya dalam bentuk ubi. Lobak merah dikelaskan sebagai sayuran dan menjadi bahan masakan utama yang digunakan secara meluas dalam masakan di Asia dan seluruh dunia sebagai hidangan sampingan.
Lobak merah ini dikatakan mempunyai minyak dan vitamin lengkap seperti A, B dan C, garam, potasium, kalsium, potasium dan alpha karotin.

KHASIAT LOBAK MERAH

Ringkasnya, menurut herbalis Nichiolas Culpepper, dalam bukunya ‘The Compelete Herbal’ lobak merah berupaya memecah angin, menyembuh luka, meningkatkan kekerapan kencing dan memecahkan batu karang. Sekiranya daun dihancurkan dengan madu boleh membantu menyembuh luka dan mengurangkan risiko kanser.

Pada awalnya, penanaman lobak merah adalah untuk kegunaan perubatan pada awal abad ke-10. Kemudian, barulah ramai yang mula menggunakannya dalam masakan.

Warna lobak merah datang daripada kehadiran karotenoid dan anthocyanin.

1. Mencantikkan kulit

Lobak merah sangat baik untuk kulit kerana mempunyai Vitamin A dan antioksidan yang akan melindungi kulit daripada sinaran matahari. Selain itu, ia dapat menghalang pertumbuhan jerawat, kulit kering, kedutan pra-matang dan membantu anda untuk mendapatkan kulit yang lebih cerah dan sihat.
Lobak mempunyai sifat membersih yang kuat serta berkesan dalam detoksifikasi hati dan amat berkesan untuk merawat jerawat yang disebabkan oleh toksin daripada darah.
Sayuran ini berfungsi untuk merawat tona kulit tidak sekata disebabkan oleh pigmentasi. Vitamin A dan nutrisi lain yang terkandung dalam lobak merah, dapat menyuburkan kulit, mencegah kulit kering dan mencegah kecacatan kulit yang lain
Jus lobak merah boleh dijadikan sebagai minuman dan ia juga digunakan untuk membaiki keadaan kulit kita.  Selain itu, ia juga berguna untuk merawat tona kulit tidak sekata disebabkan oleh pigmentasi. Vitamin A dan nutrisi lain yang terkandung dalam lobak merah adalah sangat berkesan untuk menyuburkan kulit, mencegah kulit kering dan mencegah kecacatan kulit yang lain.

2. Anti penuaan

Ini pun berita baik juga untuk mereka yang nak awet muda. Lobak merah dipercayai dapat membantu melambatkan penuaan sel-sel dan pelbagai kesan negatif yang dikaitkan dengan penuaan. Ia juga kaya dengan beta-carotene yang berfungsi sebagai antioksidan untuk membantu badan melawan radikal bebas.
3. Menjaga kesihatan mata
Selain itu, lobak merah boleh merawat mata anda dan mengekalkan penglihatan yang lebih baik. Ini kerana dalam lobak terkandung vitamin A dan B. Retina mata kita memerlukan vitamin A untuk berfungsi. Dalam retina, vitamin A akan berubah menjadi rhodopsin, pigmen ungu yang perlu untuk penglihatan. Kekurangan vitamin ini akan menyebabkan rabun malam.
Lobak amat sesuai dimakan untuk anda yang mengalami masalah mata. Beta-carotene membantu melindungi daripada degenerasi macula dan perkembangan katarak.

4. Mencegah penyakit jantung

Mengamalkan makan lobak merah juga dipercayai dapat mengurangkan tahap kolesterol dalam jantung. Ini kerana, serat larut dalam lobak merah boleh membantu menurunkan paras kolesterol dalam darah.

5. Menguatkan imuniti

Lobak merah juga baik untuk menguatkan sistem pertahanan badan untuk melawan penyakit. Lobak merah mengandungi beta carotene, vitamin B dan C , alpha carotene, klasium, dan potasium . Ia adalah baik untuk menguatkan sistem pertahanan badan untuk melawan penyakit.
6. Membantu detox
Lobak membantu untuk membuang toksik dalam badan. Ini kerana lobak merah mempunyai sifat membersih yang kuat serta berkesan dalam detoksifikasi hati dan amat berkesan untuk merawat jerawat yang disebabkan oleh toksin daripada darah.

7. Mengurangkan risiko strok

Berdasarkan kajian dari Universiti Harvard, sesiapa yang kerap makan lebih daripada enam biji lobak merah dalam seminggu, peratus untuk mengalami ‘stroke’ adalah lebih rendah berbanding mereka yang hanya makan sebijik lobak merah sahaja dalam pemakanan mereka.
Lebih menarik lagi, anda juga boleh amalkan makan lobak bagi mendapatkan gigi yang cantik.
Lobak bertindak sebagai penghakis semulajadi yang membantu dalam menghapuskan kotoran yang terlekat pada gigi dan gusi. Lobak juga mengandungi mineral semulajadi yang dapat membantu membunuh kuman di dalam mulut dan mencegah kerosakan gigi.
Selain itu, kajian pada tahun 2019 menunjukkan peranan karotenoid dalam lobak yang membantu penjagaan gigi yang lebih sihat dan kuat.

9. Mengatasi risiko kanser

Karotin dalam lobak merah menghalang pertumbuhan dan pembiakan kanser. Kajian menunjukkan dengan makan lobak boleh membantu mengurangkan risiko kanser payudara, kanser paru-paru dan kanser kolon.Ini kerana lobak merah mengandungi falcarinol yang dapat mengurangkan risiko terkena kanser.
Falcarinol adalah racun perosak semula jadi yang terdapat dalam lobak yang melindungi akarnya dari penyakit kulat. Namun, ia tidaklah berbahaya kepada manusia tetapi dapat mencegah kanser.

10. Meneutralkan racun rokok

Bagi perokok tegar, kandungan minyak atrisi, rafanol dan rafarin dari lobak dapat meneutralkan racun rokok. Untuk mengatasi rasa sesak atau penyakit paru-paru akibat terlalu banyak merokok, boleh gunakan perahan air lobak. Minumlah air perahan lobak sekali setiap bulan.

11. Menurunkan berat badan

Lobak juga dapat digunakan untuk pelangsingan. Ia dapat membantu mengurangkan nafsu makan kerana mengandungi enzim yang melancarkan pencernaan dan menghalang pengumpulan lemak dalam tubuh badan.
Lobak adalah pilihan yang tepat bagi anda yang ingin menurunkan berat badan.Selain kaya potassium,lobak juga mengandung vitamin B6 dan vitamin C. Serat yang banyak terkandung dalam  sayuran ini akan membuat anda kenyang lebih lama.

Pengkaji dari Portugal pada tahun 2014 ada mengulas khasiat-khasiat kesihatan pengambilan lobak merah, antaranya:

  • Mengurangkan kandungan gula dalam badan.
  • Mengubati kencing manis.
  • Mengubati gout.
  • Merawat penyakit jantung.
  • Membantu sistem penghadaman.
  • Memanaskan badan.
  • Melancarkan aliran haid
  • Melancarkan air kencing.
  • Mengeluarkan kolestrol yang tidak baik dari badan.
  • Meningkatkan kuasa ingatan seorang kanak-kanak kerana mempunyai banyak kalori membantu tajamkan ingatan kanak-kanak.
  • Lobak merah boleh dibuat jus. Jusnya sangat berkhasiat dan dapat memberikan ketenangan setiap hari jika diamalkan minumnya. Selain bagus untuk mereka yang mengalami diabetis. Tapi mesti ‘original’ tanpa tambahan gula atau perasa lain. 
( terima kasih blog bidadari kerana sudi kongsi khasiat lobak merah ni...)

RESEPI JUS LOBAK MERAH

BAHAN-BAHAN

Sebatang lobak merah di potong kecil
1 Liter air 
Gula atau susu pekat secukup rasa

( untuk diabetes boleh ganti dengan susu segar atau susu tanpa gula dan tambah stevia atau pemanis tanpa gula)

Kisar adunan ini dan tapis jika tak suka serdaknya......saya minum dengan serdaknya sekali untuk mendapatkan khasiat seratnya.

selamat mencuba.....





Ulasan

  1. Assalamualaikum salam sejahtera warga groupπŸ“’
    πŸ’ Sy nk mintak tolong viralkan berita baik ni yeπŸ“’πŸ˜‰

    1) Ni berkenaan kisah hidup pesakit lutut kronik dan masalah saraf sendi2 dan juga kisah hidup pesakit kanser stage 1 sampai stage 4, pesakit asma kronik dan juga produk yg berpatutan harga nya tapi kesannya setanding ubat harga mahal ribuan ringgit.

    2)Dah ramai yg sembuh dengan penawar herba beliau. Kanser yg sudah merebak ke organ-organ lain pun boleh diubati insya Allah.☺πŸ‘πŸ»

    3)Pengamal perubatan herba ni dah banyak pengalaman berdepan dengan pesakit2 kanser,sakit saraf,sakit lutut dan asma. Ramai yg dh pulih.

    4)Mcm2 kanser blh rawat termasuk leukimia,paru2,limfoma dll.


    5) Puan Rasmani Binti Md Noh psakit lutut kronik yg terpaksa jalan mengesot esot atas lantai dan klau cuba berjalan secara berdiri boleh dengar lutut berbunyi bunyi tulang yg sangat sakit. Hendak masak terpaksa gunakan kerusi sebab xmampu berdiri lama2 dan lepas 6 hari minum dah mampu berjalan lancar dan saraf kaki dah tak tegang dah. Mampu masak berdiri semula. Kesan sangat cepat baru 6 hari minum.

    Sy share melalui pengalaman sy sendiri yg mengikuti perkembangan pejuang2 kanser ni....sy sendiri pun guna produk die (jus herba) dah 5tahun setia walaupun sembuh terus juga minum sebagai supplement.

    Jadi skg ni sy rsa perlu share berita ni buat semua supaya masih ade harapan bg mereka yg tercari2 penawar kanser yg tepat .πŸ’ͺ🏼

    ▪Adik Luqman -kanser GIST-Anoerectal Tumor
    Skg sudah sembuh dari kanser.
    ..........................................................................
    ▪️Pn. Hayati Abd Hamid- Pensyarah Kanan UITM, kanser payudara stage 4.
    Skg dh sembuh dn shat walau pon pernah diberitahu oleh doktor yang beliau hanya mampu bertahan 1 tahun saja untuk hidup. Beliau setia dengan jus herba ini selama lebih 6tahun.
    Beliau mengarang sebuah naskah/buku yg mengisahkn pengalaman beliau sepanjang perjuangannya melawan kanser dengan mengambil jus herba ini sebagai salah satu rawatan alternatif (nk buku nti blh order)
    Terkini (2020): Beliau pernah ditemuramah dlm rancangan Selamat Pagi Malaysia di Tv1 menceritakan tentang perjuangan beliau menempuh kanser dari tahap 4 hinggalah sembuh.
    ………………………………………………………………………....
    ▪Adik Izzat b.muhd Ariffin ,kanser Burkit Lymphoma stage 4 sekarang dh sembuh
    Guru nya memberitahu beliau x pernah nampak seperti pengidap kanser tahap 4, kerana sentiasa nampak cergas dengan pengambilan jus yang memberi tenaga dan merawat.Beliau mengambil jus herba ini dr kanser tahap 4 sehingga sembuh.
    ..........................................................................
    ▪Puan Musriharni pesakit asma kronik sejak kecil yang terpaksa menggunakan healer setiap hari. Beliau juga pesakit gastrik kronik(GERDyang menyebabkan berangin satu badan sehingga terasa ke pinggang. Perut membuncit dan mengeras kerana terlampau banyak angin sampai sesak nafas dan anxiety akibat nya menggigil dan seram sejuk.
    Sekarang kesihatan Alhamdulilah semakin baik, gastrik dan anxiety dah takde dan asma pun tak perlu guna healer lagi. Paru2 dah elok semula.
    ..........................................................................
    ▪Puan Rohana Binti Ismail seorang yang cergas dan aktif dalam mendaki gunung termasuk gunung Kinabalu dan lain2 gunung di Malaysia tapi sejak sakit bengkak lutut, segala aktiviti lasak terpaksa dilupakan sehingga nk turun tangga di ofis pun terpaksa turun bagaikan ketam turun tangga sebab lutut bengkak. Setelah minum jus ini, dalam masa 1 minggu saja kaki beliau dah sembuh semula. Bengkak dah surut dan dlm msa 2 mingu saja mampu berjoging kembali, naik bukit dlm 8km jauh nya dah tak sakit2 dah lutut.
    ..........................................................................
    Call order wasap@call- En mohd zuhairi- 0174687570

    BalasPadam

Catat Ulasan