KHASIAT BAWANG PUTIH ( garlic )
Bawang putih (Allium sativum) merupakan sejenis tumbuhan dari jenis bawang sama seperti bawang besar, bawang merah, bawang perai, dan kucai. Bawang putih telah ditanam dan digunakan oleh manusia sejak beribu tahun dahulu dalam perubatan dan masakan.
[1]Bawang putih mempunyai daun yang panjang dan bebawang yang berada dalam tanah yang cetek. Berbeza dengan bawang besar yang mempunyai sebiji bebawang, bawang putih dibentuk dari beberapa ulas bebawang yang membentuk sebiji bawang.
Bawang putih dipercayai berasal dari tengah pergunungan Asia iaitu di Tajikstan, Turkmenia, Uzbekistan dan utara Iran, Afghanistan dan Pakistan.[2] Ia berasal dari tumbuhan liar yang kemudiannya dibiakbakakan.
Belum ada maklumat mengenai tanaman bawang putih dibuat di Malaysia kerana tanaman ini kurang sesuai di Malaysia yang mempunyai iklim lembab dan banyak hujan memudahkan serangan penyakit bawang putih.
KANDUNGAN BAWANG PUTIH
1 ulas bawang ( 3g ) mengandungi :
- Mangan
- Vitamin B6
- Vitamin C
- Selenium
- Fiber
- kalsium, potasium, kuprum, fosforus, zat besi dan vitamin B1
- 4.5 kalori
- 0.2 g protein
- 1g karbo
Bawang putih telah digunakan oleh umat manusia sejak zaman dahulu kala.Khasiat bawang putih memang diketahui sangat berguna untuk kesihatan manusia kerana membantu dalam membunuh parasit, membantu dalam sistem pernafasan, perbaiki sistem penghadaman dan kandungan tenaga yang rendah.
Ia dipercayai telah digunakan semenjak 510 SM di China sebagai tumbuhan sihat untuk kesihatan manusia.
Antara kebaikan atau khasiat bawang putih adalah seperti di bawah :
1. Mengandungi komponen yang bersifat perubatan
Bawang putih telah digunakan secara meluas dalam masakan kerana bau dan rasanya yang kuat. Pada zaman dahulu, kegunaan utama bawang putih adalah bagi tujuan perubatan dan kesihatan. Para saintis telah mendapati bahawa khasiat bawang putih datangnya daripada komponen sulfur yang terbentuk sewaktu memotong atau mengunyah bawang putih.
Selain itu, bawang putih mengandungi allicin. Allicin merupakan satu komponen yang kurang stabil dan hanya akan mencul apabila bawang putih dipotong atau dihancurkan. Allicin dapat mengawal tekanan darah dan juga mencegah penyakit kardiovaskular.
2. Mengurangkan Simptom Selsema
Bawang putih dapat meningkatkan sistem imun. Satu kajian besar dijalankan selama 12 minggu mendapati bahawa suplemen bawang putih dapat mengurangkan masalah selsema sebanyak 63% berbanding dengan placebo. Selain itu, ada satu kajian mendapati bahawa dos ekstrak bawang putih yang tinggi (2.56 gram sehari) dapat mengurangkan jumlah hari selsema sebanyak 61%.
3. Mengawal tekanan darah tinggi
Penyakit kardiovaskular seperti strok dan serangan jantung merupakan pembunuh dalam diam di seluruh negara.
Tekanan darah tinggi atau hipertensi merupakan salah satu faktor utama menyumbang kepada penyakit ini. Kajian terhadap manusia mendapati bahawa bawang putih mengandungi komponen yang dapat mengawal tekanan darah bagi mereka yang mempunyai tekanan darah tinggi.
4. Mengawal paras kolesterol
Selain mengawal tekanan darah, bawang putih juga berperanan dalam mengawal paras kolesterol dalam darah. Dengan ini, risiko penyakit jantung dapat dicegah. Bagi mereka yang mempunyai paras kolesterol yang tinggi, suplemen bawang putih dapat mengurangkan 10-15% kadar kolesterol jahat. Namun, bawang putih tidak memberi kesan kepada paras kolesterol baik (HDL) dan juga trigeliserida.
5. Mengandungi antioksida yang membantu mencegah penyakit Alzheimer dan demensia
Radikal bebas akan menyebabkan kerosakkan oksidatif dan seterusnya akan menyumbang kepada proses penuaan. Bawang putih mengandungi antioksidan yang dapat melindungi badan daripada kerosakan oksidatif tersebut. Kesan daripada gabungan pengurangan kolesterol dan tekanan darah, serta sifat antioksidan yang terdapat pada bawang putih dapat mengurangkan risiko penyakit yang berkaitan dengan saraf otak seperti Alzheimer dan demensia.
6. Mencegah kanser
Satu kajian yang dijalankan oleh Jiangsu Provincial Center for Disease Control and Prevention di China mendapati bahawa individu yang makan bawang putih mentah sekurang-kurangnya dua kali seminggu sepanjang tujuh tahun dapat mengurangkan sebanyak 44% risiko kanser paru-paru.
Selain itu, komponen organo-sulfur yang terdapat dalam bawang putih berkesan untuk menghapuskan sel yang berkaitan dengan barah otak.
7. Kesihatan rambut dan kulit kepala
Bawang putih dapat membantu pertumbuhan rambut. Ia mengandungi kandungan vitamin dan mineral yang tinggi seperti vitamin B6 dan C, manganese dan selenium. Kesemua vitamin dan mineral ini berperanan bagi mengekalkan kesihatan rambut.
Tambahan pula, sifat antibakteria dan antifungas yang terdapat dalam bawang putih juga menyumbang kepada kesihatan rambut kerana sifat-sifat ini membantu untuk membunuh kuman dan menjadikan kulit kepala lebih sihat.
8. Merawat jerawat
Jerawat merupakan masalah kulit yang disebabkan oleh pelbagai jenis benjolan yang terbentuk di permukaan kulit. Bawang putih mempunyai sifat anti-bakteria dan anti-septik daripada allicin. Allicin membantu untuk membunuh bakteria yang menyebabkan masalah jerawat. Ia juga dapat mengurangkan keradangan dan memperbaiki peredaran darah. Kesemua khasiat ini dapat memberi ruang kepada kulit untuk menerima lebih banyak nutrien seterusnya mengurangkan risiko masalah jerawat.
9. Mengurangkan Risiko Keradangan Sendi
Athritis merupakan penyakit yang disebabkan sakit dan bengkak pada sendi. Ia boleh terjadi pada semua peringkat umur, jantina dan latar belakang etnik.
Sifat anti-radang dalam bawang putih dapat mengurangkan simptom ahtritis. Dalam satu kajian tabung uji mendapati bahawa terdapat komponen spesifik dalam bawang putih yang dapat mengurangkan keradangan yang berkaitan dengan athritis.
10. Mengawal paras gula
Selain membantu untuk mengawal tekanan darah dan paras kolesterol, bawang putih juga terbukti dalam beberapa kajian dapat mengawal paras gula dalam darah, khususnya bagi pesakit kencing manis. Bawang putih merupakan sumber vitamin B6 dan C. Vitamin B6 terlibat dalam proses metabolisma karbohidrat manakala vitamin C pula berperanan bagi mengekalkan paras gula dalam darah.
11. Membantu detoks logam berat dalam badan
12. Meningkatkan kesihatan tulang
Belum ada kajian ke atas manusia yang mengkaji mengenai kesan bawang putih terhadap tulang, namun begitu kajian ke atas tikus menunjukkan bawang putih dapat mengurangkan kemerosotan tulang dengan meningkatkan hormon estrogen dalam tikus betina.
Kajian ke atas wanita menopos juga menunjukkan 2 gram bawang putih asli yang di makan setiap hari dapat mengurangkan kesan pengurangan hormon estrogen.
Fungsi hormon estogen adalah :
- Membantu mempertahankan kepadatan tulang.
- Bersama vitamin D, kalsium, dan mineral, hormon estrogen membantu mencegah keporosan tulang yang berisiko menyebabkan osteoporosis. Tulang manusia akan terus beregenerasi, namun pembentukan tulang yang baru akan melambat setelah usia 30, bersamaan dengan penurunan kadar estrogen.
SAYA JUGA INGIN BERKONGSI RESEPI BAWANG PUTIH MADU DI SINI YANG MENJADI AMALAN SAYA DAN KELUARGA SEMENJAK TIMBULNYA COVID 19 INI.Bawang putih madu sangat sesuai untuk menghindari selsema.
Bawang putih dan madu adalah makanan yang sangat baik sebagai immune booster ( penggalak imunisasi/ketahanan badan )
Resepi Bawang Putih Madu
10 ulas bawang6 oz madu asli
Cara-caranya
1. Kupas bawang putih dan parut atas hancurkan guna alat penghancur bawang putih
2. Letak balang kaca atas penimbang dan set unit kepada oz, masukkan madu perlahan-lahan hingga bacaan 6 oz.
3. Masukkan bawang putih parut ke dalam balang dan gaulkan dengan madu tadi.
4. Boleh perap dahulu selama seminggu atau boleh guna terus kerana khasiat bawang putih telah keluar bila kita memarutnya.
Jika bawang putih tadi tidak di hiris atau diparut maka mesti perap sekurang-kurangnya seminggu ditempat gelap supaya zatnya keluar dan sebati dengan madu.
Cara makan :
ambil sesudu teh campuran garlic dan makan seperti kita minum madu biasa sebelum makan pagi.
Ia sangat senang untuk dibuat, malah ada orang yang simpan bawang putih madu ini hingga setahun tanpa rosak.
GARLIC MINCER
Ini adalah alat unBtuk menghancurkan bawang putih yang saya gunakan dahulu, tapi dah rosak pula. oleh beli di kedai bakeri, parkson atau lagi senang beli di shopee ( dah tentu ada, tak payah pi cari kt kedai ).
Tapi kalau nak lagi senang beli aje garlic AMWAY.....hihi
12. Meningkatkan kesihatan tulang
Belum ada kajian ke atas manusia yang mengkaji mengenai kesan bawang putih terhadap tulang, namun begitu kajian ke atas tikus menunjukkan bawang putih dapat mengurangkan kemerosotan tulang dengan meningkatkan hormon estrogen dalam tikus betina.
Kajian ke atas wanita menopos juga menunjukkan 2 gram bawang putih asli yang di makan setiap hari dapat mengurangkan kesan pengurangan hormon estrogen.
Fungsi hormon estogen adalah :
- Membantu mempertahankan kepadatan tulang.
- Bersama vitamin D, kalsium, dan mineral, hormon estrogen membantu mencegah keporosan tulang yang berisiko menyebabkan osteoporosis. Tulang manusia akan terus beregenerasi, namun pembentukan tulang yang baru akan melambat setelah usia 30, bersamaan dengan penurunan kadar estrogen.
Ulasan
Catat Ulasan