AYAM SELASIH ( PAD KRA PAO )

 AYAM SELASIH ( PAD KRA PAO )


Kali pertama makan nasi ni terus teruja, baru kenal makanan ini walaupun dh lama hidup.  Terima kasih Cgu Siti Zainab yang jual nasi pad krap pao ini.  Rasa daun selasihnya sangat lain dari masakan Malaysia yang lain.  Sangat sedap jika ada sambal belacan sekali, tapi ia dah cukup pedas, jika tak ada sambal pun dah sedap.  Semenjak hari itu ayam selasih menjadia kegemaran keluarga.  Di sini saya buat telur dadar sahaja kerana jumlah ahli keluarga seramai 8 orang, penat nak buat telur mata kerbau.

Ia merupakan menu seimbang dan lengkap, juga sesuai untuk yang mengamalkan diet suku-suku separuh. Kalau nak lebih variasi, boleh tambah sup kosong, ramai orang Malaysia biasanya tak boleh makan nasi kering dan tak berkuah. Sama dengan ank-anak sya, kuah tu mesti banjir, tak kira apa jenis masakan, walaupun masak lemak cili api, kuah mesti banjir.


Bahan-bahan untuk ayam Pad Kra Pao:


2-3 sudu besar minyak masak
3 ulas bawang putih
3-5 tangkai cili padi merah
1 tangkai cili merah
1 isi ayam bahagian dada ( boleh guna isi ayam cincang jika malas nak cincang ayam sendiri tapi dada ayam lebih sedap )
½ sudu kecil lada sulah
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap cair
1 sudu besar sos ikan
2-3 sudu besar kicap pekat manis
¼ sudu kecil gula ( jika suka, saya tak bubuh )
1 genggam daun selasih ( Thai basil )
2 biji telur 
minyak untuk menggoreng telur
buncis/kacang panjang ( optional )

CARA-CARA

1. Tumbuk halus bawang putih, cili padi merah dan cili merah ( saya cincang aje )
2. Cincang isi ayam kepada ketulan kecil.
3. Panaskan minyak dan goreng telur. ( boleh buat telur mata atau telur dadar )
4. Angkat setelah sedikit garing.
5. Panaskan minyak. Tumis bahan tumbuk dan kacau hingga garing dan naik bau.
6. Masukkan ayam yang dicincang, sedikit lada sulah, sos tiram dan kacau sebati.
7. Masukkan kicap cair, sos ikan dan kicap manis.
8. Masukkan daun selasih dan tutup api. Lalu, kacau sehingga daun selasih agak-agak layu.
9. Hidangkan ayam pad kra pao bersama nasi panas dan telur goreng, sup jernih dan sambal belacan ( jika suka )



ISI AYAM CINCANG

THAI BASIL ( DAUN SELASIH )

BAWANG PUTIH DAN CILI YANG DICINCANG


AYAM SELASIH YANG SIAP


Ulasan

Catat Ulasan