SAJAK DIPERHENTIAN INI

 

  DI PERHENTIAN INI

Hari tu mengemas meja dan laci, terjumpa semula sajak-sajak lama, yang bersepah-sepah dan tidak didokumentasikan.   Jika nak dikumpulkan sajak-sajak dari zaman awal remaja hingga kini, memang dah banyak tapi malangnya bila idea datang, saya mencatat di mana-mana kertas sahaja yang ada dan tidak dikumpulkan dalam satu naskhah.  Akhirnya tidak dapat dikesan di mana letaknya karya-karya yang telah saya nukilkan sepanjang mengharungi suka duka kehidupan.  Ia mungkin karya-karya biasa sahaja mengikut emosi kita pada waktu itu tapi jika dikumpulkan ia merupakan kenangan sepanjang zaman untuk diri kita.

Jadi untuk insan yang suka berkarya, walaupun hanya untuk diri sendiri, pastikan anda letakkan di satu tempat dan boleh dilihat semula bila masa berlalu.

Saya ingin kongsikan sajak yang saya cipta pada tahun 2006 ( jika tak silap ) sempena majlis perpisahan Pengetua pertama kami Tn Hj Mohd Noor bin Samat.

Ini merupakah salah satu jejak karya perjalanan emosi seorang guru yang mengalami suka duka dalam melayari kehidupan sebagai seorang pendidik.  Pada mulanya saya tidak dapat menghayati jiwa seorang guru, namun bila masa berlalu, kita belajar perkara baharu, relakan diri untuk berkorban, sentiasa bersama-sama murid, selami hati budi mereka, cuba dengar rasa hati mereka, bimbing mereka menjadi insan berguna dan cipta kejayaan bersama mereka.  Kejayaan bagi saya bukan hanya kejayaan mendapat banyak A, tapi kejayaan itu adalah mengikut ukuran keupayaan seorang manusia.  Ada orang dilahirkan bijak, ada yang sederhana bijak dan ada yang tidak bijak.  Bagi yang bijak mungkin ukuran kejayaan adalah kejayaan dalam peperiksaan demi peperiksaan dan mendapat kerja yang bagus bergaji lumayan. 

Namun bagi saya ukuran kejayaan  bukan berdasarkan keputusan cemerlang sahaja tetapi bagaimana murid saya mengolah kehidupan mereka menjadi insan berguna.  Ada yang berada di kelas belakang masa di sekolah, tapi berkat usaha dan doa ibubapa dan guru-guru , dia boleh berjaya dalam hidup.  Yang penting kita tidak mengalah, sentiasa berusaha, hormat ibu bapa dan guru, tidak meninggalkan solat serta jangan melakukan perkara-perkara yang boleh merosakkan kita.  Percayalah rezeki Allah sentiasa akan datang jika kita berusaha dan tidak lupa kepadanya.

Pernah seorang murid yang dalam kesusahan datang ke sekolah dan memohon maaf dari guru-guru kerana katanya mungkin sebab dia selalu buat masalah masa sekolah dulu maka dia sekarang hidup susah dan kerja tak tetap.   Saya cakap dia tiada salah dengan saya, saya terus doakan dia berjaya, tapi nasihat saya pada dia, belajar solat dan jangan tinggalkan solat serta doa.   Saya harap kehidupan dia berubah sekarang dan jadi orang yang berjaya.  Saya harap boleh jumpa dia suatu hari nanti.  

Kelmarin terjumpa seorang murid lama saya, saya ajar dia masa tingkatan 1, tingkatan 2 dia pindah ke sekolah sukan.  Tapi dia masih kenal dan tegur saya walaupun saya memakai pelitup muka....ini adalah salah satu kebahagiaan menjadi seorang guru.  Well, good luck Alif, semoga jadi ahli sukan yang berjaya.

Ulasan