DONUT PALING SIMPLE DAN LEMBUT

 DONUT SIMPLE



Saya memang giler buat donut tapi saya selalu tak puas hati dengan resepi donut yang telah saya buat,  saya ada macam-macam resepi donut,  kalau nak simple haa ini dia, ia simple dan lembut , tak perlu pelembut roti, tak perlu tepung roti ( tepung hi-protein ) sesuai jika nak makan segera, tak perlu pergi kedai bakeri, semua bahan dah ada kat dapur.

BAHAN-BAHAN

- 280 g tepung serbaguna/tepung gandum ( 2 cwn + 3 sb tpg) - 40 g gula ( 3 sb) - 1/2 st garam - 1 telur - 120 g susu segar ( 1/2 cwn ) ( boleh tambah 2-3 sb susu supaya adunan lembik ) - 40 g mentega cair ( sya guna marjerin pelangi aje ) - 7 g yis kering Glaze - 250 g gula icing ( 2 cwn ) - 75 g mentega - 3-5 sb susu segar bergantung kpd kecairan/kenipisan yang diingini - 1 st Vanilla

CARA-CARA

1. Cairkan mentega
2. Ayak tepung
3. Campurkan semua bahan, pastikan garam tidak terkena secara terus pada yis.
4. Kacau adunan dengan senduk kayu atau spatula, adunan ini agak lembik.
5. Uli dengan tangan hingga membentuk doh.
6. Glis minyak pada bekas dan letak doh, tutup bekas, biarkan hingga kembang 2 kali ganda
7. Keluarkan doh dan letak atas dulang atau permukaan rata, tumbuk untuk keluarkan angin pada doh.
# Sapu sedikit minyak pada tangan supaya doh tidak melekat. jangan tambah tepung sb ia akan menyebabkan donut keras.
8. Gelek dengan torak ( penggelek )
9. Terap dengan acuan donut
#Jika tak nak guna acuan, boleh bulat2kan dan buat lubang di tengah2.
#Supaya senang dimasukkan ke dalam minyak, letak donut di atas kertas minyak yang telah dipotong sesuai dengan saiz donut yang akan kembang nanti.
10. Biarkan kembang 2 kali ganda.
11. Panaskan minyak, bila minyak panas, kecilkan api ( guna api kecil sahaja )
12. Masukkan donut dan terbalikkan bila bahagian bawah kekuningan.
#Jangan selalu terbalikkan donut , jika selalu di terbalik2kan ia akan menyerap banyak minyak.

Bila dah suam boleh celup ke dalam glaze dan makan. Tapi kali ini saya malas nak buat glaze sebab buat donut sorang2, ank2 ada kelas dan ada yg kerja. Jadi saya celup aje dalam snow powder. jadi beginilah kejadiannya, comot... macam tepung gomak...( ank2 kita kenal ke tepung gomak ye ?...haha )

#Lupa nak bagitau, jika guna breadmaker pastikan anda masukkan bahan cair terlebih dahulu supaya bilahnya senang bergerak dan doh terbentuk cantik.


Donut ni sedap dimakan fresh, lepas dimasak.
Tapi boleh difrozenkan juga, caranya ialah dengan menyimpan dalam bekas kedap udara dan simpan dalam freezer. Bila hendak makan, Keluarkan dan panaskan dalam microwave atau air fryer atau boleh goreng semula dengan minyak ( tapi jika goreng semula ia akan menyerap banyak minyak ).

hmm banyak saya bagi tips ni, harap bermanfaat buat semua....

Ulasan