KETAM NIPAH
HALAL KE MAKAN KETAM NIPAH NI?
هُوَ الطَّهُورُ مَاؤُهُ، الحِلُّ مَيْتَتُهُ
Maksudnya: Airnya suci, dan bangkainya suci (tidak perlu disembelih).
Riwayat Imam al-Tirmidzi (68) dalam Sunan.
Ada juga yang disebut sebagai barm?’? (yang boleh hidup di dalam air dan luar air). Contohnya buaya dan katak. Ulama Syafieyyah berpendapat hukum makannya haram.
• Pengharaman kerana terdapat racun. Contohnya ular dan kala jengking.
Firman Allah SWT:
وَلَا تُلْقُوا بِأَيْدِيكُمْ إِلَى التَّهْلُكَةِ
Maksudnya: Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan.
(Surah al-Baqarah, 2:195)
• Pengharaman kerana mustakhbithah 'inda al-'Arab (dilihat buruk memakannya dalam uruf Arab). Contohnya burung gagak dan tikus.
Ada pun ketam nipah, sebagai mana yang diketahui, binatang ini memang boleh hidup juga di luar air tetapi bukanlah dalam jangka masa yang lama. Justeru, hukumnya halal mengambil tempat binatang air.
Namun begitu jangan keliru antara ketam nipah dengan ketam batu.
PERBEZAAN ANTARA KETAM NIPAH DAN KETAM BATU
(KETAM NIPAH BOLEH DIMAKAN, KETAM BATU TIDAK BOLEH DIMAKAN) KREDIT PADA SAHABAT HALAL JAKIM
Mengikut istilah sains, haiwan dua alam ini ada dua kategori iaitu reptilia dan amfibia yang mempunyai sistem pernafasan paru-paru. Edaran hidupnya sebahagian di dalam air dan sebahagian lagi di darat seperti katak, penyu, labi-labi, buaya dan seumpamanya.
Ketam nipah pula bukanlah daripada jenis reptilia dan amfibia, tetapi ia adalah dari jenis rustasia iaitu sama golongan dengan udang dan kerang. Keseluruhan edaran hidupnya adalah di dalam air dan mempunyai sistem pernafasan melalui insang dan bukan paru-paru. Ia bernafas menggunakan oksigen dalam air sebagai pelarut. Oleh itu dari segi hukum ketam nipah ialah binatang yang boleh dimakan.
Kehidupan ketam nipah di darat hanya dalam tempoh masa yang singkat sahaja iaitu lebih kurang dua tiga hari, kerana dalam insangnya mempunyai satu ruang pintu yang boleh ditutup dan mengandungi sedikit air. Ia menggunakan air tersebut untuk pernafasan dan sekiranya air itu kering ia akan mati.
Sementara Ketam Batu adalah sejenis binatang dua alam yang hidup di air dan juga di darat kerana kehidupan sebanranya di dalam air tetapi boleh hidup lama di darat. Menurut Mazhab Syafie, tiap-tiap binatang yang hidup dua alam adalah haram dimakan.
PERBEZAAN ANTARA KETAM NIPAH DAN KETAM BATU
(KETAM NIPAH BOLEH DIMAKAN, KETAM BATU TIDAK BOLEH DIMAKAN) KREDIT PADA SAHABAT HALAL JAKIM
Kredit : Dr Zubaidi Hj Ahmad
PETIKAN DARIPADA UTUSAN MELAYU MENGENAI KETAM NIPAH
Ketam nipah adalah hidupan yang membiak subur di kawasan paya bakau dan rumbia.
Haiwan ini memiliki nilai komersial kerana keenakan daging dan telurnya yang mempunyai kandungan kalsium tinggi.
Malah, keenakan dagingnya yang lembut dan manis dihidang dengan resipi tertentu di hotel terkemuka, turut menyebabkan nilai pasarannya semakin meningkat berbanding hanya RM5 bagi setiap sekilogram kira-kira 10 tahun lalu.
Harga ketam nipah liar yang ditangkap menggunakan perangkap di dasar sungai berlumpur adalah lebih mahal berbanding ketam nipah ternak menggunakan palong, akuarium fiber atau kolam sangkar.
Lantaran permintaan yang semakin tinggi, ketam nipah yang dikenali dengan nama saintifiknya Scylla serrata kini diternak secara komersial kerana nilai pasarannya yang boleh mencecah sehingga RM28 sekilogram.
Seorang penternak ketam nipah di Semerak, Pasir Puteh,Kelanan, Mohamed Abdullah, 30, berkata, ketam nipah berkulit keras yang dipelihara dalam akuarium fiber hanya boleh dijual selepas 60 hari.
Beliau berkata, setiap satu set sistem ternakan akuarium fiber hanya boleh menghasilkan kira-kira 93 peratus atau 112 ekor ketam nipah dewasa.
"Sementara bagi ketam nipah berkulit lembut pula, ia boleh dipasarkan dalam jangka masa 30 hari selepas benihnya dimasukkan ke dalam set sistem akuarium," katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.
Menurut Mohamed, harga jualan ketam nipah bergantung kepada pasaran semasa iaitu sekitar RM28 sekilogram bagi berkulit keras, mengikut gred dan saiznya yang secara purata 500 gram seekor.
"Ketam nipah berkulit lembut pula dijual RM17 sekilogram dengan purata berat seekor ketam mencapai 210 gram. Harga ini tidak dapat dikurangkan kerana penternak terpaksa menanggung kos makanan iaitu 'ikan baja' yang dibeli dengan harga mahal sekarang," katanya.
Jelas Mohamed, secara purata, 120 ekor ketam nipah berkulit keras berusia sebulan memerlukan kira-kira 52 kilogram ikan baja, sementara ketam nipah berkulit lembut pula memerlukan 96.43 kilogram ikan berkenaan.
"Kos bagi benih ketam nipah pula adalah sekitar RM7 sekilogram," katanya.
Beliau berkata, tidak ramai nelayan yang mampu menternak ketam nipah secara komersial kerana ia memerlukan modal dan kos pengurusan yang tinggi, misalnya harga satu set akuarium fiber sudah mencecah RM6,000, tidak termasuk harga benih dan makanan.
Sementara itu, peniaga ketam nipah liar di Lagun Kuala Semerak, Sharizal Muhamad, 30, berkata, dia menjalankan perniagaan tersebut dengan mendapatkan bekalan daripada penangkap ketam nipah yang masih menggunakan kaedah tradisional mencari haiwan tersebut sekitar paya bakau berhampiran.
Menurutnya, setakat ini, dia mendapat bekalan ketam nipah daripada 10 pembekal berikutan permintaan yang semakin meningkat terutama di kalangan masyarakat Cina tempatan.
"Walaupun Lagun Kuala Semerak dikenali sebagai 'Lagun Maut', khazanahnya masih banyak, bukan sahaja ketam nipah liar tetapi kerang laut, lokan dan sebagainya menggamit pengunjung dari luar untuk datang ke situ pada setiap hujung minggu.
"Sementelah, kedudukan gerai saya di tepi pantai jalan Dalam Rhu ke Tok Bali, memudahkan pengunjung untuk singgah mendapatkan ketam nipah liar," katanya.
KHASIAT KETAM NIPAHSharizal berkata, ketam nipah yang dijual di gerainya turut ditempah oleh keluarga pesakit demam denggi kerana mereka percaya daging ketam tersebut mampu merawat penyakit bawaan nyamuk aedes itu, selain rawatan moden.
Beliau berkata, ketam nipah dijual mengikut saiz dan usianya iaitu antara RM22 dan RM28 sekilogram.
"Dalam tempoh sehari, sebanyak 200 ekor ketam boleh dijual kepada pembeli, namun, ia bergantung kepada bekalan daripada pencari ketam tempatan," jelasnya.
Peniaga kedai makan di pekan Cherang Ruku, Che Mohd. Aleymy Che Leh, 40, pula berkata, ketam nipah yang menjadi 'gimik' bagi perniagaan mi segera yang diusahakannya sejak 2004, semakin mendapat perhatian pelanggan dari Kelantan dan Terengganu.
"Semangkuk mi segera yang dimasak bersama dua ekor ketam dijual pada harga antara RM10 hingga RM15. Harga bergantung kepada saiz ketam sebelum dimasak," katanya.
Che Mohd. Aleymy berkata, perniagaan kedai makannya hanya dibuka pada waktu malam dan lazimnya dia akan memasak 20 kilogram ketam bersama mi segera sehari untuk memenuhi permintaan pelanggan.
"Tetapi pada hujung minggu dan hari cuti umum atau musim perayaan, permintaan akan meningkat dan ada ketikanya mencecah 60 kilogram ketam," katanya.
Menurutnya, dia mendapatkan bekalan ketam nipah tersebut sekitar Sungai Semerak, tetapi disebabkan permintaan yang semakin meningkat bekalan sering tidak cukup sehingga memaksanya mencari sehingga ke Terengganu, Kedah dan Perak.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0208...
© Utusan Melayu (M) Bhd
GULAI LEMAK KETAM NIPAH KELANTAN STYLE
1. Kopek kulit ketam
2. Potong sepit ketam yang besar supaya senang nk masak
3. Ketuk sepit ketam itu biar pecah-pecah sikit,supaya senang nk kopek masa makan. ( kulitnya agak keras dan jangan kopek dengan gigi ye..)
4. Blend bawang merah, cili kering, lengkuas dan kunyit.
5. Tuangkan ke dalam periuk, panaskan hingga mendidih.
6. Masukkan santan dan asam keping, tambah air secukupnya, biarkan mendidih.
7. Masukkan ketam dan kacau kuahnya hingga mendidih ( dengan cara mencebok dan mencurahkan kuah dengan senduk ) # jangan curah kuah ke singki ye...
8. Bila cengkerang dah berwarna kemerahan ( mcm dalam gambar ) , bolehlah masukkan garam dan gula lalu matikan api dapur.
haaa, macam nilah cara hirup kuah ketam dalam cengkerangnya.......penangan terpengaruh dgn youtuber korea....itulah perangai ank2 zaman sekarang.....tp alhamdulillah juga, saya tk perlu ajar diorg kopek ketam, dah pandai tgk youtube katanya.....
Ulasan
Catat Ulasan