IKAN SIAKAP MASAK LAPRIK
BAHAN-BAHAN
1 ekor ikan siakap
1 sb asam jawa campur dengan 1/2 cawan air
2 sb gula ( jika ada gula kabung lebih enak rasanya )
1 cawan air
3 sb sos ikan
5 pelepah daun ketumbar
1 tomato
cili merah untuk hiasan
garam
serbuk kunyit ( jika suka )
Tepung jagung secukupnya
BAHAN KISAR
6 tangkai cili kering
8 biji cili padi
7 ulas bawang putih
2 pokok akar ketumbar
CARA-CARA
1. Bersihkan ikan siakap dan kelar besar-besar
2. Lumur dengan garam, kunyit dan tepung jagung
3. Goreng ikan hingga masak dan kekuningan ( garing )
4. Potong dan basuh bahan kisar dan kisar dengan pengisar kering supaya cantik kejadiannya
5. Dalam kuali lain, tumis bahan kisar tadi hingga garing
6. Masukkan gula dan air asam jawa
7. Masukkan sos ikan dan secawan air
8. Kacau hingga kering sedikit, boleh tambah garam jika kurang masin.
Biasanya sos ikan dah masin jadi tak perlu tambah garam lagi.
9. Masukkan 3 pelepah daun ketumbar yang telah dipotong
10. Matikan api dan tuang ke atas ikan.
11. Hias dengan tomato, daun ketumbar dan cili potong
# rasa sos laprik ini sangat sedap, masam-masam manis.
Ulasan
Catat Ulasan