HIDROPONIK: BERKEBUN DI HALAMAN SEMPIT ( SEMUA ORANG BOLEH MENANAM )

 HIDROPONIK 

BERKEBUN DI HALAMAN SEMPIT

Assalamualaikum semua peminat tanaman....tak kira di mana, orang yang berminat menanam akan cuba menanam pokok walaupun dihalaman sempit sekangkang kera....Saya mula berjinak-jinak menanam  dari mula pindah ke Kuala Lumpur lagi, masa tu baru 2 orang anak.  Sebab nak senang dan tak perlu jagaan rapi sya menanam pokok kaktus aje, memang saya peminat kaktus tegar sehingga pernah  mengumpulkan 38 jenis kaktus pada satu masa. Walaupun masa tu sya tinggal di flat tapi saya tetap menanam pokok... sya susun di kaki lima depan rumah sewa.  Terkenang kesah suatu hari anak jiran naik basikal laju-laju, lepas tu terjatuh dn kena pokok kaktus tu..aduuuu kesiannya.....



BEKAS MIX AND MATCH

Sebenarnya bukan nak share pasal kaktus, tapi mengenai hidroponik.  Ini bekas yang saya  beli di kedai Eco je, bekas warna hijau biru tu saya beli asing dengan bekas semaian hitam, lepas tu matchkan kedua-duanya untuk dijadikan bekas hidroponik. Ini Pokok pudina, sengaja tanam untuk buat minuman detoks, sebab bila beli di kedai selalunya tak habis dan busuk gitu aje.  Bila tanam sendiri,ia lebih jimat dan tidak membazir, petik je secukupnya untuk kita gunakan dan yang lain biarkan hidup.

  

BALDI TERPAKAI

Yang ini lagi rare...ini adalah pokok cincau hitam....memang ia warna hijau tapi bila dijemur ia akan jadi warna gelap , direbus dan dijadikan cincau. Ini menggunakan bekas terpakai aje, baldi terpakai dan penapis, masukkan sabut kelapa dalam penapis dan campuran baja AB dalam baldi..taraaaa...dh jadi pasu hidroponik....nampak tak ia tumbuh dengan segarnya.


BOTOL AIR TERPAKAI

Ini adalah pokok kesum...anak-anak saya panggil daun laksa.....hemmm apa-apalah...janji tau klu nak buat laksa kena masukkan daun ini. Walaupun banyak lagi kegunaan daun kesum ini. Yang ni saya gunakan bekas air zam-zam terpakai aje, terima kasih Za ( jiran sebelah sebab bagi benih pokok kesum )

 CARA UBAH BOTOL JADI PASU HIDROPONIK ( hidropot )

1. Potong lebih kurang sama tengah ( atau 1/3 daripada botol  )
2. Terbalikkan, penutupnya jangan letak, jk nk letak juga kena tebuk lubang untuk pengaliran air. 
3. Letakkan benang/tali /perca kain yang boleh menyerap air pada mulut botol yang ditelangkup itu.
4. Masukkan cocoa peat ( sabut kelapa ) ..tanah pun boleh...
5. Masukkan air bancuhan baja AB ikut sukatan pada label baja tu.
6. Tanam ank pokok kesum...dan nikmati kesuburannya.....


PAIP SILINDER PVC

Ini pula pokok selaseh, saya selalu guna daunnya untuk masak ayam pad kra pow.  Ia tumbuh sendiri sebenarnya dalam pasu hidro sya, alhamdulillah, sebab yang saya tanam dalam pasu tu macam dah tua dan kurang bermaya je.  Bekas silinder ini saya beli dari kawan saya Puan Yus ( seorang wanita budiman ),Pengasas dan AJK kebun Komuniti Taman Gombak MPS Zon 3. Beli benda-benda ini memang berbaloi sebab ia tahan lama dn tak perlukan tanah untuk menanam. Cuma tambah air sahaja.  Jika sayur dah boleh dituai, sabut kelapa atau medianya dikeluarkan, basuh dan jemur untuk menghilangkan bakteria atau makhluk perosak ( jika ada ), selepas itu boleh diguna  semula untuk kitaran seterusnya.  air dalam silinder boleh guna untuk siraman pokok lain, dan sama seperti cocoa peat tadi, keringkan ia sementara tunggu untuk kitaran tanaman yang lain.


BEKAS YANG DIBELI

Ini pula pokok sawi saya, ada macam-macam sawi dalam satu bekas, ok je..ada sawi biasa, sawi pendek ( pak choy )  dan ada sawi bunga...alhamdulillah subur semuanya. Cuma sesekali ada ulat yang usik sayur saya...

 

Ini adalah bekas hidroponik yang saya beli dari Pak Mansor Farm, terliur tengok iklan di fb...iklan di fb memang menggiurkan, tapi hati-hati kawan-kawan, banyak juga yang tipu, saya sendiri kena tipu 2 kali, klu barang-barang teknikal jgn  percaya iklan di fb atau website... siasat dulu sblm beli.  tgk dulu dekat shopee atau lazada, bandingkan harga, tunggu tengok komen2 pembeli dulu, klu boleh tunggu lama sikit sebelum beli, sb klu produk tu tipu mesti ada komen pembeli...
 

Alhamdulillah beli dengan Pak Mansor Farm ni tak kena tipu, baja yg dia bagi pun berkesan dengan baik. Ini kali kedua dah saya tanam dalam bekas baharu saya.....tengok sawi bunga saya tu...subuuurrr..


RACUN ORGANIK AIR TEMBAKAU

Jika ada ulat makan daun sayur, sembur je dengan racun serangga organik daripada air bawang putih dan cili.  Boleh juga guna bio enzim untuk menghalang serangga perosak.

Kenalan kebun komuniti pernah bagi tips, guna air rendaman tembakau ..( kenal ke sahabat tembakau?) kiki, generasi seusia saya mungkin kenal....Tembakau ini adalah bahan yng diletak dalam rokok. Orang tua-tua selalu hisap rokok daun yang digulung bersama tembakau.... Jap sya tunjuk rupa tembakau ye...

Kecil-kecil dulu selalu ambil rokok daun nenek-nenek kt kampung bila ikut nenek saya ziarah saudara mara...tapi tak letak tembakaulaaa......rokok daun itu digulung dan dihisap tanpa tembakau....berlagak macam orang dewasalah konon....acah-acah...

Daun tembakau kering ini direndam dalam sebekas air dan biar beberapa hari, airnya diambil dan campur dengan air biasa lalu sembur ke daun pokok....hmm..sukatan tu saya main agak je sebab yang bagi petua tu pun agak-agak juga, saya buat 1:5, 1 bahagian air tembakau dan 5 bahagian air.  

Bila guna racun organik ni kita kena cuba-cuba sebab adakalanya ia sesuai adakalanya ia tak berkesan, tengok kepada jenis makhluk perosak itu.....kita yang bertani secara hobi ni kdg2 tak tau apakah makhluk yang makan sayur kita.. ( makhluk???? scary...kiki )



PASU TERPAKAI

Ini adalah pokok daun sup @ seleri, yang ini saya tanam dalam pasu yang tidak berlubang, saya letakkan sabut kelapa dan masukkan pasu semaian, buat ala-ala hidropot. dan siram dengan baja AB.. memang suburrrr......saya dah lama tak beli daun sup, kalau nak pakai, suruh je ank-anak ambil 2 -3 tangkai, jimat dan tidak membazir.  Selalunya kalau beli di kedai, maka yang tak habis pakai tu akan busuk dalam peti ais.


BALANG KUIH TERPAKAI

Ini adalah pokok pandan, semua orang kenal kan...Ini sebenarnya kawan-kawan minta saya semaikan, dah tu PKP pulak, lalu ia membesarlah dengan saya....Saya letakkan pasu ke dalam balang terpakai, dan bubuh air baja AB ke dalamnya.  Kaedah ini sesuai untuk pokok yang perlukan air yang banyak seperti pokok pandan dan pokok kesum.  Ia juga sesuai untuk yang selalu outstation atau masa balik kampung, jadi tidaklah pokok kita kering.

BAJA UNTUK HIDROPONIK

Di sini saya nak kongsikan rupa baja AB tu, mungkin yang baru nak menanam tidak berapa kenal dengan baja ini.  Ia sejenis baja kimia tapi ia tidak beracun dan selamat digunakan. 
 
Baja AB ini juga boleh digunakan untuk tanaman di atas tanah atau pasu. Cara gunanya sama dengan baja lain iaitu disiram 2 minggu sekali. Untuk hidroponik bolehlah dilihat pada pembungkusannya, memang ada disediakan cara untuk bancuh baja ini.



Baja AB ni boleh dibeli di Shopee atau kedai pertanian.

SELAMAT MENCUBA....semoga bermanfaat untuk semua...


Ulasan