IKAN SIAKAP PERCIK
Musim PKP ni dah macam-macam resepi kita masak, smpai dah tak tau nak masak apa. Fikir punye fikir maka terasa nak makan ikan percik, tak nak masak yang pedas-pedas sebab nak ratah ringan-ringan aje untuk makan malam. Lalu saya belek-belek resepi yang mudah untuk dibuat. Ikan percik ini senang aje nk buat, hanya perlu beberapa bahan aje.
Ia juga kegemaran kami sekeluarga tapi kena ikan yang sesuailah, kalu buat ikan yang kurang sedap maka tak laku sangatlah masakan saya.
BAHAN-BAHAN
1kg ikan siakap/kembung ( saya buat 2 ekor ikan siakap )2 cawan santan pekat - guna 1 kotak santan kara campur 1 kotak air
2 sudu besar gula atau secukup rasa
2 sudu kecil garam atau secukup rasa
1/2 - 1 keping asam keping
1-2 sudu besar tepung beras/tepung gandum - bancuh dengan sedikit air
Bahan kisar:
2 sudu besar gula atau secukup rasa
2 sudu kecil garam atau secukup rasa
1/2 - 1 keping asam keping
1-2 sudu besar tepung beras/tepung gandum - bancuh dengan sedikit air
Bahan kisar:
1@2 batang serai
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
5 tangkai cili kering - saya guna 1 sudu makan cili kisar
1 inci halia
CARA-CARA
CARA-CARA
1. Sapu sedikit bahan kisar untuk perap ikan dengan sedikit garam.
2. Bakar ikan atas kuali/ceper/kuali magic atau apa cara yang senang
3.Baki bahan kisar dimasak dengan santan sehingga kuah hampir pekat - gunakan api perlahan.
4. Masukkan gula, garam dan asam.
5. Masukkan tepung yang telah dicampur air tadi
6. Kacau hingga agak pekat
7. Ambil ikan yang telah dibakar dan masukkan ke dalam kuah supaya terasa kesedapannya.
( bagi yang biasa guna bahan perasa, boleh masukkan sedikit bahan perasa untuk menyedapkan lagi kuah ikan percik )
Jika tak ingin celupkan ikan ke dalam kuah, boleh juga disiramkan kuah ke atas ikan tadi.
Masa saya kecil dahulu, arwah nenek dan ayah selalu buat ikan atau ayam percik pada bulan Ramadan. Ikan itu dibakar atas arang di bahagian luar dapur, bila ikan dah hampir masak, kuah santan tadi dicurahkan sedikit demi sedikit ke atas ikan yang masih berada atas bara api, mmmm keharumannya boleh dihidu dari dalam rumah. Kemudian ikan akan diletak dalam pinggan dan dicurahkan kuahnya. Sangat original dan tradisional. Sayalah tukang kipas bara api itu supaya ikan tidak hangus.
Zaman dolu-dolu, lebih kurang 40 tahun lepas, bila bulan puasa orang kampung seolah-olah berebut-rebut untuk membawa dulang makanan untuk buka puasa di masjid bila ada majlis berbuka puasa. Makanan favourite ayah saya ialah nasi kerabu dengan ayam percik, masa itulah ayah saya tunjuk kehebatannya memasak. Dan sebagai orang yang agak famous di kampung, jemputan VIP selalunya akan makan di dulang ayah saya...hihi, kenangan manis semasa kecil di kampung saya di Kelantan.
Saya pun tak pasti amalan membawa dulang itu masih diamalkan ataupun tidak. Pada masa itu, orang-orang kampung akan masak masakan terbaik keluarga mereka untuk dijamu kepada tetamu berbuka puasa di masjid. Biasanya tidak semua orang kampung yang akan membawa makanan, ia adalah sebuah majlis sukarela dan orang yang berkemampuan akan dijemput untuk membawa dulang, ataupun yang sukarela nak bawa dulang. Imam akan berbincang dengan kariah, berapa dulang yang akan disediakan, dan berapa jemputan dari luar yang akan dijemput untuk berbuka bersama-sama orang kampung. Biasanya 1 dulang akan dijamu kepada 5 orang tetamu.
Ada juga makanan tambahan lain yang akan dimasak secara gotong-royong di masjid bagi mempercukupkan juadah berbuka puasa. Sebab biasanya orang kampung akan datang beramai-ramai bila majlis berbuka puasa. Masakan yang paling biasa dibuat ialah gulai kawah, nasi putih, sambal dan timun. Masih ingat lagi budak-budak akan beratur dan mengambil makanan masing-masing untuk berbuka, sementara orang dewasa akan makan secara berhidang.
Sedapnya rasa gulai kawah Kelate..... kalau beli gulai kawah dipasar tani atau pasar malam di KL ni, saya akan tanya ini gulai kawah mana? Bagi orang Kelantan sudah semestinya gulai kawah yang dibuat daripada rempah dan resepi asal Kelantan adalah yang terbaik sesuai dengan tekak mereka.
# kenangan bersama orang yang kita sayang tak mungkin akan kita lupakan sampai bila-bila
Ulasan
Catat Ulasan