Bila terkurung di rumah macam ni kita terfikir macam-macam, ada kala kita rasa ok, ada kala rasa stress mengadap lap top lama, ada kalanya rasa kecewa kerana kehadiran murid setiap kelas hanya 1/3 sahaja yang masuk kelas online. Tak tau nak cakap apa bila ada yang wa cgu cakap " cgu sya takboleh masuk kelas online sb sya tolong mak saya niaga", dia pun tak nak cerita masalah dia. Lalu kita hanya mampu nasihat supaya dia pandai bahagi masa antara belajar dengan tolong mak berniaga.
Dan ada masanya kita rasa marah, geram kerana dalam keadaan kes meningkat lebih 20K, pemerintah membenarkan perniagaan dibuka, kita tidak mampu berkata apa-apa, cakap pun tk de orang nak dengan, mereka melakukan sesuka hati mereka sahaja.
Dan...waktu-waktu begini kita perlukan pembugaran, penyegaran.... lalu sya petik daun pudina dan bungan telang depan rumah, campur air dan madu maka jadilah air untuk detoks , untuk menenangkan fikiran dan menghilangkan dahaga dalam cuaca tidak menentu ini.
Lemon je sya beli sb pokok lemon sya memang nakal tak nak berbuah walaupun sekali semenjak ditanam...tk tau nk buat apa lagi dgn pokok tu, dah usaha macam-macam dah....
BAHAN-BAHAN untuk air detoks :beberapa kuntum bunga telang - rendam dalam air panas supaya keluar warna beberapa hiris lemon - diperah airnya 1 sb madu beberapa helai daun pudina di hiris kasar
CARA-CARANYAair bunga telang yang telah sejuk tadi ditapis ( jk tk tapis pun x pe ) campurkan dengan perahan jus lemon tambah madu dan kacau hingga larut tambah air ais atau ais ketul ke dalam gelas letakkan daun pudina
dan minumlah dengan ahli keluarga atau minum sambil menonton TV, atau sambil menghadap keluar tingkap dan menikmati pemandangan luar....
* jika tak ada madu boleh ganti dengan gula perang atau gula biasa, tak campur gula lagi bagussss..
Air bunga telang ini elok diberi minum kepada anak2 kerana ia juga boleh merangsang daya ingatan dan kebijaksanaan
Resepi ini sebenarnya dikongsi oleh ahli kebun komuniti tercinta, Mama Zakiah yang selalu bawa air detoks ini bila ada majlis di kebun. ( rindu nak berkaktiviti ).Kalau nk tau semua bahan ini ada di tanam di Kebun Komuniti Zon 3 Taman Gombak. Terima kasih juga K.Yus, yang selalu memberikan ilmu bermanfaat untuk kesihatan dan alam sekitar.
Daun pudina tu tak lah mahal harganya tapi bila beli tu selalu jadi busuk atau kering dalam peti ais,sb kita biasanya tak gunakan semua yng kita beli tu, jadi lebih baik tanam pokok pudina ni, bila nak guna baru petik beberapa tangkai, dapat bahan segar dari ladang, tanpa racun serangga, jimat tanpa pembaziran.....dan Mak Tom sya cakap, setiap helai daun itu membekalkan oksigen kepada dunia..ada lagi katanya, setiap helai daun itu berzikir di sekeliling kita ..( dia selalu cakap begini bila saya menolak pemberian pokok baharu darinya...kiki, bukan tk nak terima tapi rumah saya dah banyak sangat pokok dah...) Last-last kena terima juga.....sebagai tanda kita menyayangi dan menghargai orang yang sayangkan kita.
Anyway syukran kepada semua insan yang menyayangi saya.....sehingga saya confuse, saya ni lebih kasih sayang ke tak cukup kasih sayang....( panjang cerita klu nk cite kt sini ) |
Ulasan
Catat Ulasan