MASAK LEMAK BELALAI GAJAH
Assalamualaikum....hari ni nak share pasal belalai gajah yang terkenal sebagai herba anti kanser dan berbagai lagi khasiat mengenai herba ini. Tapi disebabkan ia diviralkan sebagai herba ubat-ubatan maka jarang orang mengetahui mengenai kegunaan herba belalai gajah ini.
Belalai gajah sangat senang ditanam, cucuk je batang, maka akan hiduplah ia. Saya menanam herba belalai gajah ini di beberapa tempat seperti di sekolah kesayangan saya ( taman herba koperasi ), di kebun komuniti Zon 3 Taman Gombak dan juga di rumah sendiri.
Sebenarnya kita boleh buat berbagai masakan dengan belalai gajah ini, paling mudah ialah buat ulam cicah budu, tempoyak, sambal belacan dan cincaluk. Alamak lama tak makan cincaluk.
Kali ini saya nak kongsikan resepi mudah masak lemak daun belalai gajah. Taraaa......
BAHAN-BAHANNYA :
1. 2 mangkuk daun belalai gajah ( ambil daun aje, batangnya agak keras )
2. 2 Ulas bawang merah di mayang/hiris
3. 1 biji cili merah besar - dihiris serong-serong
4. Segenggam bilis untuk perisa
5. 1 Lobak merah - hiris panjang atau ikut sukalah
6. 3 atau 4 helai kubis bulat atau kubis panjang
7. 2 kotak santan pek kecil ( jk masak sikit cukuplah sekotak kecil santan aje )
8. 500 ml air ( jika nak kuah banyak boleh tambah lagi air )
9. Garam secukup rasa
# sebenarnya sayur-sayur lain tu pilihan ajer supaya sayur nampak meriah dan berwarna-warni, baru selera nak makan....jika tak masukkan pun tak apa.
CARA-CARANYA :
1. Potong sayur-sayuran ikut bentuk yang disukai
2. Tumis bahan-bahan yang dihiris dan bilis
3. Masukkan air, biarkan mendidih sekejap supaya perisa bilis keluar
4. Masukkan santan, kacau hingga mendidih supaya tak kepala
5. Masukkan sayur yang keras terlebih dahulu seperti lobak merak, biarkan mendidih
6. Kemudian baru masukkan sayur2 lain.
7. Last baru masukkan daun belalai gajah. Biarkan mendidih.
8. Masukkan garam secukup rasa
(jika nk manis masukkan gula - saya tak masukkan,dah cukup dengan rasa bilis dan santan )
Kepada kawan-kawan yang singgah di sekolah masa PKP ni silalah ke taman herba koperasi ye, ada pokok-pokok yang boleh dipetik di situ seperti daun belalai gajah, daun kari, bunga telang, limau kasturi, limau nipis, terung pipit ,daun sireh, daun inai, daun kesum, bayam brazil dan betik.
Disebelahnya ada pokok mengkudu yang sangat rajin berbuah, daun pandan, mahkota dewa, lengkuas dan pokok bunga melur. Silalah ambil jika ada rezeki kawan2 semua.
Rezeki sama dirasa, pahala sama dikumpul.
UNTUK INFO LANJUT MENGENAI BELALAI GAJAH boleh tekan link di bawah ;
Ulasan
Catat Ulasan