SAJAK : NOKTAH SEBELUM NUKILAN


 Sahabat, dalam hidup kita ini ada hadnya, ada ikatannya, ada sempadannya, maka dalam kenikmatan dan kebahagian sesebuah persahabatan, jagalah had dn sempadannya supaya tiada hati-hati yang terluka, samada hati sendiri atau hati orang disekeliling kita.  Jangan dilanggari sempadan-sempadan yang ada agar kehidupan kita tenang sentiasa.  Jika ada masanya kita terlanggar sempadan, maka hentikanlah langkah sumbang itu dan kembalilah ke dalam sempadan masing-masing supaya dunia tidak menjadi kacau bilau.  Jika kita terlalai, maka lekas-lekaslah menyedarkan diri kita agar kita tidak melakukan kesilapan yang menghancurkan hidup kita.   Usah melayan mimpi-mimpi yang tidak sepatutnya kita impikan, hentikan impian diluar kenyataan kerana impian itu  tidak mungkin dapat digapai.  Tinggalkan ia dan hapuskan dari ruang pemikiran. Lihat ke hadapan, carilah sinar pada alam nyata agar cita-cita untuk bahagia menjadi kenyataan. Jangan mendera diri kita dengan melayan kenangan yang mengecewakan, semua orang layak untuk bahagia, cuma caranya yang berbeza.  Jangan jadikan kenangan sebagai penghalang kebahagiaan kita, kata orang sekarang.....move on laaaa....ok, bye...selamat berbahagia semua 

Ulasan