SERIKAYA LABU
BAHAN-BAHAN
1 biji labu ( 1.5 kg )
6 biji telur
2 keping gula melaka/gula perang
1 cawan santan
sehelai daun pandan
secubit garam
CARA-CARA
Potong bahagian atas labu menggunakan pisau yang sepadan.
Buang biji dan sabut labu dengan sudu.
Cincang gula melaka biar halus atau guna gula perang yang sudah hancur
Larutkan gula melaka dalam santan
Pecahkan telur ke dalam santan
Kacau sebati
( boleh juga jika nak blend bersama semua bahan )
Campurkan secubit garam, tak campur pun tak apa
Masukkan adunan ke dalam labu
Letakkan daun pandan ikut kreativiti
Kukus hingga labu masak
Kukus juga penutup labu bersama
Semasa mengukus tidak perlu tutup labu dengan penutupnya sebab ia akan menyebabkan labu lambat empuk ( tapi pengukus tu mesti ditutup, hehe )
Jika guna labu yang kecil kurangkan jumlah telur dan santan
Saya guna 1/2 cawan santan dan 5 biji telur serta sekeping gula melaka sahaja
Cara nak tau labu dah masak ke belum ialah dengan mencucuk labu tersebut, jika dah lembut maknanya ia dah masak.
Tengok juga tekstur telur itu, jika adunan telur dah keras maka ia dah masak
Begini caranya memotong bahagian atas labu
Labu yang telah dimasukkan adunan telur
SERI KAYA LABU YANG SUDAH MASAK
Sebenarnya dah lama saya mencari resepi ini, rupa-rupanya ada dalam buku resepi lama saya. Time PKP ni ada masa untuk mengemas, maka terjumpalah semula buku resepi lama, khazanah yang berharga bagi saya. Sebab bila cuba resepi lain, ia tak jadi macam yang saya nak. Alhamdulillah boleh cuba semula resepi yang dirindui.
Biasanya kita kurang makan labu sebab anginlah, sejuklah, tapi sebenarnya banyak khasiat labu yang kita tidak ketahui.
Buah labu ini mengandungi karbohidrat, protein, sedikit lemak, macam-macam vitamin dan mineral.
Berikut adalah kandungan nutrisi yang terdapat di dalam 100 gram (g) labu kuning:
- Air: 93,69 g
- Energi: 20 kalori (Kal)
- Protein: 0,72 g
- Lemak: 0,07 g
- Karbohidrat: 4,9 g
- Serat: 1,1 g
- Kalsium: 15 miligram (mg)
- Zat besi: 0,57 mg
- Magnesium: 9 mg
- Fosfor: 30 mg
- Kalium: 230 mg
- Natrium: 1 mg
- Seng: 0,23 mg
- Vitamin C: 4,7 mg
- Thiamin (vitamin B1): 0,031 mg
- Riboflavin: 0,078 mg
- Niacin: 0,413 mg
- Folat: 9 mcg
- Vitamin A: 1,7 mg
- SELAMAT MENCUBA.....
Ulasan
Catat Ulasan