KHASIAT UBI KAYU ( mengandungi vitamin B17 )

 KHASIAT UBI KAYU ( Manihot esculenta )



Ubi kayu (nama botani: Manihot esculenta) ialah tumbuhan tropika dan subtropika dari famili Euphorbiaceae yang terkenal sebagai sumber utama karbohidrat dan daunnya sebagai sayuran. Ubi kayu dikatakan berasal dari bahagian tropika Amerika Selatan tetapi kini taburannya hampir di semua kawasan tropika seluruh dunia.

Nama lain bagi ubi kayu adalah ubi benggala, ubi belanda dan cassava (bahasa Inggeris). 

Ubi kayu biasanya ditanam dengan keratan batang yang dicucuk ke dalam tanah. Ubi kayu senang ditanam dan akan menghasilkan akar pada bahagian batang yang dikambus dalam masa beberapa hari sahaja selepas ditanam. Hujung keratan yang terbenam dalam tanah akan mula menghasilkan banyak akar antara dua hingga empat bulan selepas ditanam dan akar ini pula akan menghasilkan ubi. Ubi kayu biasanya dituai antara sembilan hingga 12 bulan.

Ubi kayu sering menjadi makanan pilihan apabila berlaku masalah mendapatkan sumber makanan biasa, seperti ketika musim tengkujuh atau malapetaka awam, atau semasa peperangan seperti semasa Perang Dunia Kedua.

Pada masa biasa, ubi kayu hanya dimakan sekali-sekala atau dijadikan sebagai kuih. Kulit ubi kayu mempunyai asid hydrocyanic (asid hidroklorik dan potasium sianida atau sodium sianida (hydrocyanic). Oleh itu ubi kayu tidak boleh dimakan mentah, tetapi perlu dibuang kulit dan dimasak terlebih dahulu.

Ubi kayu boleh digoreng, direbus atau dibakar, dan dimakan bersama kelapa parut muda , ikan masin, atau sambal tumis . Ubi kayu juga boleh dibuat kuih, antaranya kuih poli ubi kayu, bingka ubi kayu, tapai ubi, kerepek ubi , tepung boko ubi kayu , kuih talam dan yang seumpama dengannya.

Ubi kayu ditanam secara komersial untuk menghasilkan tepung ubi. Tepung ubi kayu juga digunakan dalam industri makanan setelah ia diproses menjadi monosodium glutamat (MSG) terutama di negara Timur Jauh dan Amerika Latin. Untuk menghasilkan satu tan MSG, ia memerlukan lebih kurang 2.4 tan tepung ubi kayu atau tepung kanji. 

Pucuk ubi dan daun muda boleh dimakan sebagai sayur, dicelur buat ulam dan sebagainya.

UBI KAYU REBUS ( enak dimakan dengan kelapa parut )

KHASIAT UBI KAYU YANG RAMAI TAK TAHU

Ubi kayu merupakan sumber karbohidarat ketiga terbesar di dunia.
Ubi kayu juga mempunyai kandungan mineral seperti kalsium, besi, manganese, serat diet, fosforus, potasium, vitamin B6 dan vitamin C serta B17.
Mengandungi serat diet yang berfungsi bagi megurangkan risiko penyakit kardiovaskular, membantu mengawal diabetis dan mencegah penyakit kanser usus.

Terdapat pelbagai kegunaan pokok ubi kayu.

KHASIAT PERUBATAN
Selain dijadikan makanan, pokok ubi kayu juga dikatakan berkhasiat digunakan sebagai ubat. Antara penyakit yang dikatakan mampu diubati dengan pokok ubi kayu adalah reumatik, demam, sakit kepala, diarrea, kecacingan, kabur mata, nafsu makan, luka bernanah dan luka akibat kena panas.

Mengubati demam

Untuk mengubati demam pula, caranya adalah dengan sepotong batang ubi kayu dan kemudiannya direbus bersama tiga gelas air hingga mendidih. Saring airnya dan minum sebanyak dua kali sehari pada waktu pagi dan malam.

Air rebusan daun segar pula dikatakan boleh digunakan sebagai air mandian untuk merawat demam influenza.

Mengurangkan Sakit Kepala
Bagi mereka yang mengalami sakit kepala pula, mereka boleh menggunakan daun ubi kayu untuk mengurangkan sakit. Caranya adalah dengan menumbuk halus daun tersebut dan kemudiannya dijadikan sebagai penampal di kepala.

Hilangkan kecacingan dan cirit birit

Dikatakan daun ubi kayu dapat menghilangkan cirit birit, caranya adalah dengan merebus tujuh helai daun ubi kayu bersama dengan empat gelas air sehingga mendidih dan tinggal dua gelas. Saring air ini dan minum dua kali sehari pada waktu pagi dan malam.

Kecacingan juga dikatakan boleh diubati dengan menggunakan kulit batang ubi kayu. Caranya adalah dengan merebus kulit batang ubi kayu tersebut dengan 3 gelas air sehingga mendidih dan tinggal segelas. Saring air ini dan minum sebelum tidur pada waktu malam.

Mengubati Luka Bernanah
Luka yang bernanah boleh diubati dengan menggunakan batang daun ubi kayu yang masih muda. Tumbuk halus dan tampalkan pada luka tersebut. 

Walaupun ubi kayu dikatakan banyak kegunaannya, disebabkan bahagian ubinya mengandungi bahan beracun (glukosid sianogenik – bahan yang membebaskan sianid) yang perlu dibuang, maka berhati-hatilah memakan atau menggunakannya. Toksin dalam pucuk dan ubi dapat dibuang dengan cara memarut atau memotong kecil-kecil atau meramas daun ubi hingga hancur.

Khasiat Ubi Kayu untuk Penyakit Radang Sendi
Untuk mengubati Radang Sendi (Rheumatoid Arthritis = suatu penyakit kronik pada sendi-sendi dan juga melibatkan beberapa organ-organ lain) rawatan dengan Ubi Kayu boleh dari dalam mahupun luar. Pada pemakaian luar, gunakan daun Ubi Kayu lima helai ditambah 15 gram halia . Lalu ditumbuk dan sapukan pada tubuh.

Untuk rawatan dari dalam, gunakan 100 gram batang Ubi Kayu, serai , garam, halia 15 gram. Semua bahan tersebut direbus dengan 1000 ml air hingga menjadi 400 ml. Ditapis dn minum sebanyak 200 ml sekali dalam sehari. Lakukan selama dua hari.

Khasiat Ubi Kayu untuk Meningkatkan Stamina
Untuk meningkatkan stamina, campurkan 100 gram Ubi Kayu,  5 butir angco (sejenis kurma China), dan air. Untuk mengelakkan rasa pahit, tambah sedikit madu.

Manfaat Ubi Kayu untuk Penyakit Gout
Beruntung bagi mereka yang gemar menikmati daun Ubi Kayu, kerana akan terhindar dari penyakit ini. Namun, bagi yang sudah terkena penyakit gout, harus mengambil 200 gram daun Ubi Kayu rebus seperti sayur-sayuran segar.

**Saya juga telah menemui artikel ini semasa merayau-rayau di alam siber...namun ia belum mendapat pengesahan daripada pakar perubatan . **

Tapi apa salahnya jika mencuba...

Makan Ubi Kayu Untuk Rawat Kanser ( betul ke ??? )

Ini adalah tulisan asal daripada pemilik fb berkenaan...

" Selepas melakukan beberapa penyiasatan, ternyata bahawa benih aprikot mengandungi vitamin B17. Semasa dirawat untuk kanser, saya akan mencari makanan yang juga mengandungi vitamin B17. Ternyata singkong ( ubi kayu ) mempunyai vitamin B17. Jadi saya makan 10 gram ubi kayu tiga kali sehari.
Setelah makan ubi kayu selama sebulan, doktor saya memeriksa pundi kencing saya untuk kanser. Dia terkejut kerana pundi kencing saya benar-benar bersih dan normal.
Selagi saya terus makan ubi kayu, saya rasa sangat sihat dan sihat. Setiap tiga bulan saya akan pergi untuk pemeriksaan dan keputusan saya tetap bersih. Sejak itu, saya hanya makan ubi kayu dan tidak meneruskan ubat kanser lain."
Ringkasan kandungan aktif vitamin B17 dari ubi kayu adalah:
Nama saintifik vitamin B17 ialah Amygdaline. Sel-sel kanser adalah sel yang tidak matang, mempunyai enzim yang berbeza berbanding dengan sel normal.
Apabila vitamin B17 digabungkan dengan enzim sel normal, B17 akan berubah menjadi 3 jenis gula. Tetapi apabila digabungkan dengan enzim sel kanser, B17 bertukar menjadi 1 gula, 1 benzaldehida dan 1 asid hydrocyanic. Asid hidrosianik ini membunuh sel kanser secara tempatan. Biji aprikot dan ubi kayu mengandungi vitamin B17.
En. Pereira, seorang lelaki berusia 70 tahun, didiagnosis dengan kanser prostat. Isterinya di hospital berlaku untuk membaca artikel saya. Mereka tidak mempunyai wang untuk rawatan kanser dan suntikan yang diberikan membuat Mr.Pereira sangat lemah. Isterinya memberikan ubi kayu Mr. Pereira untuk dimakan. Selepas makan ubi kayu selama seminggu, keadaannya mula menjadi lebih baik. Dan selepas sebulan makan ubi kayu setiap pagi, keputusan ujian PSAnya meningkat dari 280-290 menjadi 5.89! Mereka melawat saya untuk menunjukkan keputusan ujian sebelum dan selepas makan ubi kayu. Pereira tidak mempunyai tanda-tanda kanser selepas terus makan ubi kayu.
Ada orang lain yang mempunyai kanser hati dan terpaksa menjalani pembedahan. Tetapi dari hasil imbasan MRI, terdapat sel kanser masih wujud. Jadi, dia mula makan ubi kayu selepas pembedahan. Sebulan selepas makan ubi kayu atau ubi kayu, doktor memberitahu dia tidak perlu menjalani pembedahan lagi kerana imbasan MRI tidak menunjukkan apa-apa sel kanser hadir di hati.
Jadi kenapa tidak cuba ubi kayu untuk mengubati kanser? Ia murah, mudah untuk dimasak, dan sangat lazat. Ia sangat mudah:

1. Pilih ubi kayu yang segar yang tidak mempunyai warna kebiruan pada permukaannya.
2. Rebus dan jangan menutup kuali semasa masak. Ini akan membantu mengeluarkan asid midrosianic berlebihan.
3. Semasa makan ubi kayu, jangan makan makanan halia / halia, seperti biskut halia, bir halia, gin pada masa yang sama.

Andaikata artikel ini bermanfaat maka semoga ia memberi kebaikan kepada semua yang membaca dan mengamalkannya. Jika ia kurang memberi kesan, maka ingatlah segalanya datang daripada Allah, kita hanya manusia, mampu mencuba namun yang menyembuhnya adalah yang Maha Esa.

Namun begitu saya mohon maaf jika artikel yang saya share ini tersalah fakta...spt yg sya tulis tadi, artikel mengenai rawatan kanser ini saya petik dari fb pesan bonda.....

Sebenarnya saya tergerak hati untuk menulis mengenai ubi kayu ini setelah selalu sahaja diberi ubi kayu oleh jiran dan kawan-kawan. Saya secara peribadi hampir melupakan ubi kayu dan pucuk ubi kayu dari menu makanan kami sekeluarga. Nak tau apa sebabnya?...hm tak lain tak bukan kerana suami tercinta yang pantang makan itu dan ini, banyak perkara yang menjadi pantang larangnya. Jadi untuk mengelakkan diri penat menyediakan banyak menu, saya ikut ajelah apa yang dia makan. Jika masa di kampung dahulu pucuk ubi menjadi makanan kegemaran saya, dicicah dengan budu aje pun boleh menambah-nambah nasinya. Keluarga mertua pun sama, masak lemak pucuk ubi akan selalu jadi salah satu menu bila berkumpul anak beranak. Kerana suami tak makan pucuk ubi maka anak-anak pun tak berapa kenal makanan-makanan eksotik macam tu. Jadi supaya makanan tradisi masyarakat Melayu tidak ditelan zaman saya mengabadikan di blog saya agar menjadi khazanah rujukan generasi masa akan datang.

SEMOGA BERMANFAAT BUAT SEMUA.















Ulasan